Kahwin tanpa cinta... kawan dengan sayang...

by - January 19, 2010


Aku terdetik nak mencoret rahsia hati nie.. apabila terbaca sesuatu. Aku harap cerita ku ini dapat membantu atau sekurang-kurangnya memberi cahaya jalan buat adik yang aku sayangi menempuhi dugaan hidupnya...

Wahai pembaca dan pengunjung setia blog kasih ibu. Inilah rahsia hidupku yang kemas ku simpan rapi kecuali pada sahabat2 rapatku dan juga ahli keluarga ku. Di manaagaknya perlu aku mulakan ye?...

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang menyatukan dua hati, dari dua latar belakang yang berbeza dan prinsip dan rasa menjadi satu. Keluarga boleh menjadi pendamai bagi hati dan perasaan jika ada keharmonian, saling tolak-ansur dan hormat-menghormati sesama pasangan.


Sebenarnya dah panjang lebar akak cuba ceritakan pengalaman akak tadi. Tapi takut tak sesuai dengan adik. Jadi akak padam balik. So akak rasa sebaik-baiknya biarlah akak cuba karangkan mutiara hikmah buat renungan adik ikhlas dari seorang kakak yang dah punya banyak pengalaman...

Adikku perkahwinan adalah realiti kehidupan. Ianya tak seindah bercinta. Dunia cinta, adalah dunia dimana kita diulit harapan dan berada diawang-awangan. Perkahwinan perlukan sifat redha, jujur, hormat-menghormati, kesetiaan dan banyak pengorbanan. Ramai yang berkahwin saling bercinta pun akan berubah apa bila masuk ke alam perkahwinan. Kerana ketika ini barulah kita benar2 mengenali pasangan kita dengan sebenar-benarnya. Pengorbanan dari segi perasaan adalah sesuatu yang sebati dalam sebuah perkahwinan.

Ingat tak akak tanya adik pasal sijil palsu? Adik tahu tak kenapa akak tanya? Sebabnya suami akak yang kedua menyara hidupnya dan anaknya berbekalkan itu. Sebagai isteri sanggup ke kita nak report pasal hal itu pada pihak berkuasa? Sanggupkah kita menerima dia seadanya. Di sini datangnya sabar dan redha. Tapi mungkin sebab malu pada keluarga akak dan juga akak dia lepaskan akak.. walopun dia tahu dia sukar mencari pengganti lain yang dapat menerima dia seadanya. Ego lelaki... Akak kahwin dengan dia tanpa cinta dik.. Tapi sayang dan cinta boleh dipupuk andai diberikan masa, ruang dan peluang. Dan hingga sekarang akak masih lagi berbaki rasa kesian dan sedikit rasa sayang pada dia.

Macam perkahwinan pertama pula ialah dengan papa anis. Akak kahwin dengan dia dalam keadaan hati terpaksa. Didesak. Akak berkahwin dalam keadaan tertekan. Bukan keluarga tapi dia. Dia terlalu obses sehingga dia tidak sedar yang dia banyak membuat akak stress dan menangis.

Tetapi setelah akak akad nikah akak cuba tanamkan sifat redha yang inilah jodoh terbaik dari Allah buat akak. Sbb walopun 3 thn akak pernah melarikan diri dari dia tapi bertemu juga. Tapi ada masa2nya akak tidak dapat memaafkan dia atas kisah silam kami. Akak banyak makan hati.. perasaan akak sering akak rasakan seperti belati membelah hati..bila akak didesak dan dipaksa.

Bila akak pregnant dengan anis sekali lagi akak redhakan hati dan perasaan. Demi anak yang dalam kandungan akak. Akak akan cuba utk redha dan sabar. Tapi pengorbanan akak sekali lagi teruji. Dengan sikap papa anis yang tidak matang dan kasar. Akhirnya akak terpaksa akur yang kami bukanlah yang terbaik buat diri masing2. Akak pun melangkah pergi. Akak banyak makan hati dik. Pengorbanan perasaan.. sehingga kini tak habis2 akak berkorban demi anis yang tersayang.

Jadi berdasarkan dua kisah ini. Apa yang boleh akak katakan pada adik ialah beri diri adik masa. Jika dia tidak menekan itulah sebaik-baiknya. Biar hati betul2 redha barulah adik ambil langkah seterusnya. Perkahwinan kalo boleh kita inginkannya hanya sekali dan berpanjangan bersama orang yang menyayangi kita dan menghormati kita. Dan sebagai pulangannya kita juga belajar menyayangi dia dan menghormati dia pula.

Jangan sekali-kali biarkan seseorang memaksa kita dan jangan juga kita paksa diri dan hati kita untuk akur pada tekanan. Serahkanlah segalanya pada Allah dik...kerana dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat diri kita. Amalkan doa ini dalam solat adik InsyaAllah hati adik akan tenang..dan Allah akan gerakkan hati adik pada jalan yang terbaik. Kadang2 kita dah buat yang terbaik dari apa yang kita ada tetapi Allah telah menentukan sesuatu yang lebih baik buat kita.

Ni doanya:
"Ya Allah jika dia yang terbaik buat diriku, agamaku, dan keluarga ku maka Engkau dekatkan lah dan bukakan lah hatiku... Dan jika Engkau rasa dia bukan yang terbaik bagi diriku, agamaku dan keluargaku, Engkau jauhkanlah.. Dan permudahkanlah bagi diriku...   Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui dan ilmuMu amatlah luas. Permudahkanlah urusanku dan janganlah Engkau bebani aku dengan sesuatu yang tidak sanggup aku tanggung. La haulawala quata il'la Bil'lah hil aliyil Azim"

Perbanyakkan selawat. Dan teruskanlah amalan doa tu sampai hati adik tenang.

Maafkan atas gurauan kami sesekali mengusik... semoga adik terus sabar dan tabah mengharungi dugaan hidup ye dik. And last but not least nie sesuatu yang akak dapat dari pembacaan dan pengamatan... Cinta kasih dan sayang adalah sesuatu yang boleh kita bina.

Dari Dr Stephen Covey. Love is a verb. And to love is an action of love and building love... tapi semua ini akan jadi sukar jika hati belum betul2 redha... Jadi sebaik-baiknya tenangkan hati adik dulu. Don't rush into things becoz of situation mendesak kita... Akak dah dua kali buat silap sebab akur pada tekanan... Jadi akak tak mahu adik buat kesilapan yang sama okay...?

Salam sayang dari akak di bilik training...

You May Also Like

0 comments