Life is Full of Colours

by - January 16, 2010


Beberapa hari nie.. aku sangat tensen. Keta dua biji. Anis nak masuk tadika tahun nie kena yuran buku tahunan. Aku mohonkan pada cikgu dia akhir bulan nie akan aku langsai kan. Keta aku still dalam bengkel. Dalam training bank dah calling2. Ahh... tensen!! Nak jer aku jerit dalam bilik training tu!! Woit!! Tak reti sabar ke ha?!!


Tapi seperti biasa aku yg terkenal ngan ke"cool"an aku. Tak siapa dapat membayang beban yg ku tanggung walo sekilas. Or  berkilas-kilas kali pandang. Nak tak nak aku bank in juga duit seciput yg masih ada. Dalam training room fokus ku lari sebentar. Harap tak menyusahkan my group ketika itu. Tak kuasa aku nak meminta pada sesiapa. Cukupla aku sorang saja terbeban. Lagi pun suma orang ada masalah yang sama. It's just a matter of managing it, that's all.



Abah menanyakan berapa hutang ku. Tapi aku diam jer and jawab "Takpela nanti Ina settle sendiri." Mereka tahu aku dianiaya... Tapi takpe la. Kita nak menolong orang.. tp orang yg tikam kita balik nak buat camner kan? Sabar jer la..


Satu lagi menjadi semak minda ku pabila sering dapat invite dari profile tak munasabah di FB. Kot yer pun nak menyamar selidik lah  dulu. Jangan main hentam jer.  Aku ni pelajar pintar. Bukan sebarangan ko nak kelantong!! Haish!!


Dah cukup lah ngan mende yang tak best tak best nie... Mari kita convert mind set kita pada mende yang besh plak... ha ha ha.. ^___^


Apa yang besh nyer?.. Besh sebab.. Aku dah jumpa balik kakak kesayangan aku... Waaahh rindunya.. bukan jumpa tahun nie lama dah... Cuma nak tulis gak keseronokan nya tu. Besh besh besh!! Satu lagi aku dah jumpa kawan susah senang ku di universiti dulu... Windunnnyyaaa....!!!


Kawan ku tegur juga. Dia kata aku dah berubah... sikit... Ya, kawan ku. Aku berubah jua. Tekanan tidak henti-henti akhirnya mengubah diri ku. But deep inside I'm still the loyal friend and helpful person as i use to be. Cuma sifat naif ku maybe dah kurang. Aku bukan lagi seceria dulu. Berlari kesana kemari macam budak2 tak cukup umur... he he he... Kan L kan. Dulu kita punya perangai mcm tak sesuai ngan usia kita, tapi sesuai lah ngan muka kita. He he he..kita kan awet muda selalu.... ha ha ha nak gelak besar aku masa taip ni. Even sekarang pun orang terkejut bila tahu aku dah ada anak sorang... he he he. Buah hati mama. Penguat semangat mama! Lov ya....


Sana sini kawan2 offer nak membantu. Alhamdulillah. Mungkin berkat doa ku yang berpanjangan memohon supaya sentiasa dikelilingi oleh  hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Hilang satu berganti yang baru. Yang baru pulang yang lama kembali. Aku bersyukur.... Kakak nak bantu dengan her smart strategi. Aku cuma menanti waktu sahaja selepas selesai suma nya utk turut bersama.


Kawan baik teman susah senang pun datang dengan minat nya yang memang dari dulu sealiran dengan minat ku. Ha ha ha... teringat balik zaman diploma dulu. Sekembali aku ke kampus lepas "cuti" satu semester kami berjinak-jinak meniaga kat kampus. Jual kek dam resepi neneknya. Satu kampus kami letakkan. Sampai pakcik kiosk bertanya, "anak nie orang susah ke? Mencari rezeki sambilan sambil belajar?"



Kami tak mampu bersuara. Senyum jer la. Kami saling tersenyum kambing saling berpandangan. Cuma hati ku jer berbicara. Yelah pakcik kami bukan susah.. tapi saja-saja menyusahkan diri sambil menimba ilmu dan pengalaman. Suatu pengalaman berharga juga buat kami sebenarnya. Bukan takat kek jer jadi modal. Kami buat juga bunga straw. Wah dapat sambutan juga. Tapi sampai pedih-pedih juga lah ibu jari memintal straw.



Apa lagi ek kami buat... kami buat part-time data entry. Siang gi kelas malam masukkan data (data entry). Smpi menguap-menguap aku ketika itu. Mana taknya tak sempat rehat terus masuk keje. Tapi  berbanding orang lain kami nie slow skit. Yelah student ngan typist sure banyak beza. Nak pulak baru lagi kan? Tapi berbanding ngan L aku tak pernah ambil gaji terakhir ku. Malas ler biar lah lebur gitu jer. Kami berhenti pun sbb kebimbangan pakwe L (now husband). Risau dia tgk kami balik keje lewat pagi sebelum subuh. Kalo jadi pape tak ke naya!


Tapi antara aku dan L. Aku nie kira brani skit. L slalu dijemput P. Tapi aku kadang2 kawan P offer to help. Tapi seingat aku jarang juga kami bermotor. Maybe sbb aku  lebih selesa berbas. Walopun lama menunggu.


Itu kenangan bersama L. Bersama kakak dapat cuma sekejap saja sebab kakak kena transfer S pada semester kedua. Tapi yang beshnya dengan kakak. Aku slalu jadi calculator bergerak. Kakak suka tanya calculus kat aku. Ha ha ha sbbnya aku slalu berjaya dapat kan jawapan sama ngan skima jawapan. Cuma pernah skali jer aku kira salah tapi bila dah tgk jawapan aku reverse engineer dan re-calculate dapat gak sama.. kah kah kah...


Mungkin sebab naturally quick, dan focus yg jitu buat aku slalu berjaya menangkap apa yg diajar lecturer walopun aku tak serajin sepatutnya. Dan mungkin itu juga kelebihan yang Allah berikan pada ku kerana Dia tahu aku akan menghadapi dugaan yang berat ketika itu... jadi aku perlu ada sedikit kelebihan agar tidak mudah gugur dlm perjuangan.


Dengan CGPA "cukup makan" tu aku boleh berbangga sebab aku berjaya juga harunginya. I'm proud. Really proud. Walopun hanya cukup makan. Yang tak diduga masa tu pun ada yg jatuh bawah dari itu juga. Dan ada juga yang gugur. So I'm proud. Alhamdulillah.


Dan kini mengimbas kembali. Aku tak sangka aku lebih "successful" dalam bidang tertentu selepas harungi zaman kegelapan ku.. Mengapa tidak? Dalam master hari tu pun aku dapat komen yang sama juga dari rakan2. Single mother... dapat gangguan... Masuk mahkamah bagai dengan accident teruk sumer. Tapi aku berjaya juga lulus. Walopun tak cemerlang sgt aa... Tapi rata2 kawan ku kata kalo aku takde dugaan sure aku cemerlang sbb aku berjaya tangkap sumernya dalam waktu yang singkat. Dan kini aku cuma tinggal sejengkal jer lagi utk menamatkan master. Sejengkal jer lagi... Semoga aku akan berjaya juga ke penamatnya.


Ahh seronoknya mengenang masa lalu. Those are memories to remember and to embrace. I love my past, my current and my future.


Sekarang my bos ada skit rasa terkilan sebab aku tak bg dia my full effort and knowledge and focus. Langau2 berterbangan disekeliling baru jer lagi aku sekat. Aku baru saja cuba nak recover balik. Reset my mind, and rebuild my physical strength. Macam mana nak bina balik. Cara paling berkesan yang aku dapat rasa ialah dengan pembacaan. Sebab tu aku suka sangat kumpul buku motivasi. English atau melayu. Itulah punca kekuatan aku selain Dia.


Bila minda aku kuat. Badan aku cergas. Dan aku boleh memberikan my full or atleast 90% of what I have. Terima kasih bos sebab bersabar dengan kerenah ku. Aku tahu bos banyak makan hati ngan aku. Tapi aku need sometime utk recover balik. Aku berjanji akan berikan yang terbaik. Then you will be able to see me "shine". I promise!! Not only to you, but also to myself and adik-adik sebagai contoh. I will "Turn On" the old smart resourceful Rina as I used to be. It's just hiding somewhere inside waiting to be recovered!!

You May Also Like

0 comments