My empty night...

by - January 18, 2010



Pagi nie ... Aku kejutkan si kecik.. "Anis bangun kata nak gi taman main basikal?" Dia kulat2 gosok2 mata terus segar.."Mama tak kejut Anis." "Ni mama kejut lah nie... Nak?" "Nak..nak."..

Tak lah lewat sgt dlm kul 9  dah terpacak kat taman. Apa lagi yg exciting hari nie... Kami gi cari termometer nak buat homemade yogurt. Tapi tak jumpa2. Kopak lah hari2 nak beli calci-yum jer.... Singgah warta belikan dia jeli.

Sblm tu ada masuk Guardian... dia nak payung. Tp since aku takde ATM card lagi. So terpaksa lah tolak dulu, walopun anis ngan mama dah chop dah payung kaler apa nak beli.. he he he. Merajuk lak dia. "Mama nie suma tak boleh mama tak beli payung utk anis pun..." Takpe lah sayang bukan suma yg hati kita nak kita boleh dpt. Ni pun sebahgian dari mendidik juga. Lebih baik sedarkan dia tak suma yg kita ingin kan akan kita perolehi. Biar dia tahu dari kecil. So dah besar nanti taklah dia membesar jadi "pendesak". Dan boleh mendidik dan membentuk dia sedikit tentang sifat redha. Lagi pun baju hujan dah ada dah. Takpe lah payung lain tu kat rumah pun ada..

Balik rumah buat apa yang patut lepas tu anis ckp..."Mama anis dah kemas baju nak mandi kolam. Anis dah letak dlm beg." Ingat lagi rupanya dia. Smlm janji nak gi main beskal pagi, ptg nak mandi kolam. Dia dah pack dah suma. Dah besar dah anak mama. Pandai dia set sumanya. Lepas makan tengahari ngan maksu.. kami main Saidina. Seronok bukan main dia.. Smpi tak sempat maksu dia baling dadu dia dah cekup. First time ajar dia main.. pakai duit tipu2. Dia tak pandai kira lagi. Tapi kami tlg kan dia. Brp sewa tapak berapa nak bagi. Tak lah ajar dia. Kena bayar duit RM 350 ker. Just ajar dia, Anis kena bagi mama 3 duit biru 1 duit purple. Takpe lama2 nanti pandai lah dia.

Semalam dikeleknya Saidina tu kesana kemari sbb ada duit tipu2 nak isi dlm dompet. Tapi hari nie dia belajar mende baru plak. Mcm mana nak bayar2 pki duit dan belajar terima baki. Taklah pandai sangat lagi.. tapi well in time she will learn.

Lps hntr maksu balik USIM. Terus ke Putrajaya. Apa lagi mandi kolam la. Lepas mandi balik rumah. Main satu lagi round Saidina. Lps tu terpaksa lah berpisah ngan buah hati pengarang jantung. Dah janji nak hntr dia kat nenek dia. Mula2 dia taknak. "Anis tak nak peluk nenek. Anis nak peluk mama aje." Terharunya dengar.. tapi takpe aku juga faham perasaan rindu nenek dia kat dia. Takpelah korban skit hati. Nie suma utk kebaikan dia juga... Kemudian dia ajak mama ikut sekali. Aku cuba juga lah pujuk dia. Oklah mama ikut la. Seronok balik dia
apa lagi terus dia tanya.."Mama bwkla baju mama sekali.. Anis tolong lipatkan ye... Ok la.. So aku pilih la satu baju kurung bg kat dia. "Mama Anis dah lipat dah baju mama.. Anis lipat bulat-bulat."

Dah kluar rumah aku bgtahu dia lagi yg mama tak dpt ikut sbb esok mama keje. "Tapi mama punya baju anis dah lipat dah dlm beg." "Takpe anis dah lipat tp mama tak dpt ikut." Pastu dia jawab kan utk diri dia sendiri.."Nnt Anis balik rumah mama balik ye?"..."Okay...sayang."

Aku nak pastikan dia faham apa berlaku. Sbb taknak dia menangis nnt masa aku hantar dia. Aku tak mahu brainwash dia psl apa2. Biar dia faham sumanya. Walau pun apa yg dia tahu sekarang cuma seronok aje tapi lebih awal dia sedar lebih senang dia terima dan lebih mudah dia menjadi tabah. Dan Alhamdulillah dia tak pernah menangis masa aku hantar dia kesana. Cuma masa kembali kat aku jer dia nangis. Maybe sebab mereka tak "sediakan" dia sebelum hantar dia pulang.

Anis anakku aku tahu sangat apa yang dlm hati dia. Dia tak boleh terkejut.. kalo apa yang dia jangkakan lain dengan apa yg berlaku pasti dia menangis. Takpe.. biar aku saja yang didik dia tentang kesabaran dan sifat tabah da n redha. 

You May Also Like

0 comments