emm... what should I do?

by - February 21, 2010


Sebelum nie kalo hati rasa nak sangat sesuatu... aku akan terjaga... bangun solat hajat, mohon Allah perkenan kan lah doa ku. Semoga kebahgiaan yang ku cari berpanjangan.

Tapi sejak 2-3 hari nie aku terjaga terkebil-kebil sendiri. Patutnya aku bertukar ke istikharah. Sebab kadang-kadang apa yang hati kita inginkan bukan lah selalunya yang terbaik bg diri kita atau orang sekeliling kita. Aku buntu... hati ingin tapi keadaan tidak mengizinkan.

Aku tak mahu menjadi beban pada orang lain. Aku mampu berdikari, aku telah pun berjaya hidup berdikari walopun sukar. Tp pada ku ianya biasa. Kata orang alah bisa tegal biasa. Begitu juga hati nie.. dah biasa melalui perkara2 begini... kecik jer nie... aku cuba pujuk hati ku... tapi hati berbolak balik. Ahh tak mahu.. tak mahu bebankan dia. Biar aku tanggung sendiri.. lama-lama hati ku akan pulih juga sendirinya.

Aku dah menangis 2 kali dah.. sejak hari tu. Aku pujuk hati. Aku mahu teruskan.. tapi kekadang hatiku terhenti. Nak menangis lagi, tp tiada dah air mata. Bukan salah sesiapa. Mungkin aku yg salah. Entah la aku sedar diri ku siapa...

Sudah la sayang tak mahu awak susah lagi. Susah  hati sebab kiter lagi. Kita minta diri kejap. Nak fikirkan tentang diri sementara. Kita tak pergi jauh dekat jer. Tak gi mana-mana... tetap ada disini. Kita cuma nak belajar mengembalikan hak orang lain kepada yang sepatutnya sahaja.

Kita redha dan tetap berada disini dengan sabar. Kiter sentiasa ada kalo orang tu masih perlukan kiter. Tapi kiter tak mahu simpati sbb kiter boleh berdikari. Selama nie pun kiter selalu jadi tmpt org bergantung... cuma kadang bahu rasa berat dan ingin mencari dahan berpaut. Tetapi selagi berdaya. Kiter cuba tetap teguh berdiri disini...

Kiter berdoa untuk semua, dan menanti di mana cahaya dan petunjuk yang Dia beri... Disitu lah yang akan kita lalui... Amin Ya Rahman Amin Ya Rahim... Ya Rabbal a'lamin

You May Also Like

0 comments