Lay Hill Farm Road

by - February 01, 2010





He he gambar kenangan lama. Bila tgk gambar nie terimbau balik kenangan... Kami ikut abah cuma 10 bulan. Sekejap aja. Mak rindu nak pegang duit sendiri tu yang balik Malaysia awal.

Apa ek yg aku blh citer pasal nie.. Tak banyak sangat kot.. Sbb kenangan pun tak banyak. Mak dok rumah jer. Kami hari2 gi sekolah jalan kaki. Aku pulak time kelas mmg termasuk dlm kumpulan khas. Maklumlah masa tu baru 7 tahun. Belajar menulis, membaca pun tak tahu lagi..

Aku pernah beratur ikut pelajar lain gi cafeteria time lunch tapi bila sampai jer sana terus aku nangis. Cikgu tanya pape pun aku tak boleh  jawab sbb tak reti paper pun lagi... Apatah lagi nak speaking London... he he ^_^v...

Mujur cikgu pandai cari abang. Abang ikut cikgu sampai cafe.. Abang pun tolong jelaskan pada Cikgu. Aku tak ingat apa yang abang bgtahu. Tapi yang nyatanya lepas tu time lunch aje kami dilepaskan balik rumah. Lepas tu kembali balik ke sekolah. Itu lah first time dan kali terakhir aku tengok cafeteria...

Lps abang suruh berkumpul kat satu tempat diluar sekolah dan kami balik rumah makan sama2.

Apa lagi yang aku ingat pasal Ley Hill ek... Satu treat lagi yang abah suka beli. Seminggu sekali pada belah malam ada kanak2 akan mengetuk pintu rumah ke rumah jual Apple treat. Apple yang dah disaluti caremel.. or bersalut gula. Senang jer nak buat nya. Gula tu dihanguskan sikit lepas tu celup apple. Keraskan. Tapi tu lah treat yang abah tak pernah tinggal nak belikan utk kami. Dan sesekali kalu aku buat apple treat nie sure akan teringat Ley Hill...

Snow... emm kenangan main snow. First snowfall... mmg tak sangka dapat gak merasa pegang snow... Alah mcm peti sejuk lama2 tu yang ada ais tu. Mcm tu jugak lah rasanya. he he he.

Lepas aku balik Malaysia. Barulah seronok berkawan. Sbb sudah tidak dipandang enteng masyarakat setempat. Betullah kata orang hujan emas dinegeri orang, hujan batu negeri sendiri.. baik lagi negeri sendiri. Kalo korang nak rasa apa perasaan imigren di negara kita cuba lah jadi imigren ditempat lain. Then you will know, mcm mana rasanya dipandang dengan pandangan prejudis.

Aku teringat perbualan dengan Waleed. Best friend Sudan aku dulu. Dia kata very few student Malaysia yang treat dia baik. And kebanyakannya.. mereka nie adalah antara yang pernah merasa hidup di negara luar. Mcm aku, kawan TESL aku, dia pun pernah berhijrah. Jadi masa menyambut salam persahabatan tu tak ler terasa janggal..

Waleed seorang yang ceria, lembut dan alim. Banyak juga pepatah arab yang aku belajar dari dia. Dia tahu membeza kan mana satu hadith masa satu hanya pepatah. Yelah dah mmg bahasa dia. Sure dia tahu. Semasa aku susah dia banyak membantu. Sekarang dia pun dah grad dah pulang ke tanah air. Dengar kata mak dia suruh kawin. Tak sure lah aku apa perkembangan terbaru darinya.

 


Mis U my Fren

You May Also Like

0 comments