Plan untuk kejayaan

by - September 20, 2012

Wah lama sungguh tak memblog.. Mcm mana nak blog.. Sebab belum jd kan blogging nie satu habit lagi. Lagi pun aku terlalu banyak sangat blog. Wordpress untuk technical.. Tu pun ada satu mende je situ. Sbb lain-lain tu adalah work related... Which means it is a breach of confidentiality kalo aku post kat blog aku.

Few days weeks back aku dalam konflik dalaman antara memilih kerjaya masa depan aku. Ada sesuatu yang aku teringin sangat.. Tapi terpaksa aku lepaskan buat sementara. Dua kali dah woh aku lepaskan peluang yang datang. Sebelum nie aku tolak offer Intel for interview sebab aku dah diberikan task oleh company yang aku baru je lagi masuk keje. This time aku terpaksa menolak lagi kerana kemungkinan terlepasnya first offer keje. Aku terpaksa sign kontrak dengan GLC dulu sebab takut tunggu MNC aku terlepas rezeki yang ada. Bak kata pepatah orang lama-lama. "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Tetapi selepas berbual dengan seorang kawan FN. Aku secara spontan mula merangka plan masa depan. Apa target aku kat GLC tu walopun dah dua kali aku tolak tawaran MNC. (Chewah! Mcm counselor plak) Syok plak rasa masa aku drive keta time tu. Aku mula nak hapdet technical blog aku dengan sumer capability aku. And plan nak beli henpon mahal untuk project. Nak buat hosting untuk publish website. Nak cari electronic device and SDK untuk skill embedded aku, plan nak register and sit for IEEE and dapat kan (Ir.). Aku imbau kembali skill aku, and its time to make it visible. Bak kata kawan aku tu. Visibility tu penting!!

Aku mula sedar. Technical tinggi pun tapi kalo peram dalam guni simpan dalam stor sapa nak nampakkan? Jeng.. jeng.. jeng.. Maka bermulalah misi aku untuk fokus terhadap masa depan. Dan bermula lah aku melakar kerangka masa depan aku (wah kerangka mcm architechture je bunyik nya...) Maybe dengan adanya plan2 aku kecil-kecilan boleh dah la buat bisnes freelancing.

So pada sesiapa yang terjatuh tersungkur dan terbaca blog aku yang x seberapa ini. You have to plan... Kat mana entah aku pernah jumpa quote ni: - "Fail to plan... then you plan to fail".

Fikir-fikirkan dan selamat beramal... (^_^).


You May Also Like

0 comments