Tips Mengoptimasikan Website Anda Untuk Pengguna Mobile

by - December 23, 2012


 <Ni salinan dari blog Mobile Phone Website - www.riche-smart.com>

Adakah website anda memenuhi keperluan pengguna-bergerak (pengguna mobil) ?

Di dalam post sebelum ini saya ada menyentuh tentang bagaimana untuk memiliki sebuah blog yang mobile friendly dengan menggunakan servis sedia ada, iaitu blogspot. Hanya dengan membeli domain dari blogspot anda akan memiliki email, blog, domain, dan mobile app dengan harga yang amat rendah. (Kebanyakannya Percuma!) Di sini

Beberapa hari yang lalu saya telah menemui sedikit kekurangan pada blogspot. Kelemahan tersebut ialah paparan website menggunakan template-template tertentu adalah tidak mobile friendly di Blackberry. Saya menggunakan dua jenis mobile iaitu iPhone 3GS dan Blackberry Curve 8520. Sebelum ini saya cuma menguji website saya dipaparan iphone, tetapi atas urusan kecemasan saya menukar kad sim saya ke Blackberry dan start browsing. Saya dapati Dynamic template tidak friendly pada paparan Blackberry. Simple template pada blogspot boleh dilihat tetapi masih tidak berapa friendly kerana kita terpaksa zoom-in untuk melihat kandungan website dengan jelas. Akhirnya saya menukar semula format blog www.shahrinashaharin.com kepada template Simple.

Atas perasaan ingin tahu saya buka blog lama saya di wordpress; http://embedstar.wordpress.com dan Presto! Blog saya kelihatan sangat mobile friendly untuk paparan di Blackberry. Akhirnya saya mendapat kesimpulan, jika kita betul-betul serius untuk mendapatkan blog yang mobile friendly dengan cepat dan mudah; cara yang terbaik adalah untuk melakukan sedikit pelaburan dengan mendapatkan khidmat hosting dan domain sendiri. Tetapi jika anda masih baru bertapak dalam dunia cyber, blogspot sudah memadai. Ini kerana blogspot terpapar dengan baik bagi pengguna iPhone dan Android.

Saya juga akan berpindah ke wordpress. Salah satu dari www.shahrinashaharin.com atau www.riche-smart.com akan saya pindahkan ke wordpress malam ini. Sekarang saya kena menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak. Saya, adik dan mak kena pergi IKEA. Jumpa lagi malam ini. Selamat mencuba ya!

You May Also Like

0 comments