Bloggers Programmer Malaysia... (cont)

by - December 07, 2012


Sambung balik... Mana tertinggal tadi? Haa.. pasal blogger Malaysia yang susah nak jumpa kat google search kalo pakai keyword "belajar programming". Lepas baca blog NizamGhazi rasanya tak nak lah buat formal sangat. Nanti reader menguap, menguap langsung tertido baca blog yang sangat membosankan ni. Hahaha :D Poyo jer bunyinya kan?

Tapi he has a point. Kalau terlalu skema nanti pembaca akan cepat bosan. Mata yg kuyu makin layu.. lama2 nanti berlayar. Macam saya bila mengadap buku atas katil. Mulanya nak tulis macam ala-ala AqifAzizan.com. Ni satu lagi blog yang saya suka. Berinformasi dan gaya bahasa dia memang cantik. Mana taknya penulis e-book dan buku. Tentu berkebolehan untuk pergi jauh. Apa-apa pun saya rasa akan ikut gaya bahasa saya sendiri baru lah I can be myself. No phishing other people's blog. Jadi diri sendiri sebab everyone is unique.

Tapi satu saja yang saya akan pastikan. I will make sure I use proper spelling, baik bahasa melayu mahu pun English. Ini pun dah dua tiga kali re-edit penulisan saya. Dari "tido" tukar ke tidur, dari "bunyik" kepada bunyi dan beberapa patah lagi tadi. Tak nak lah jadi perosak bahasakan? Nak campur tak apalah asal jangan re-invent the words dengan new spelling nanti syntax error banyak sangat jadi bug pula dalam pengunaan bahasa. Langsung blog ni tak boleh execute dia punya proper program. Marah mak nanti. Ia lah, mak saya cikgu kesusasteraan melayu, ha nak baca balik pun dah berbelit lidah nak menyebutnya. Mak cikgu bahasa, anak bahasa tunggang-langgang. Hahaha.. :D

Ok. Kembali pada blog search tadi.saya buka every link yang google found dan hanya pada second page baru jumpa Osem.my. Ini menunjukkan tak ramai programmer Malaysia yang terlibat dalam blog berbahasa melayu. Ini mungkin kerana kebanyakannya akan menulis dalam bahasa Ingeris (or English). Atau pun blog coding dalam bahasa melayu kurang mendapat sambutan sehingga search engine pun tak nak put high ranking. Sebenarnya pasal traffic dan SEO atau nama glamour-nya search engine optimisation, ni adalah teknik google melakukan search menggunakan keyword yang kita berikan. Untuk SEO ni saya taknak sentuh banyak sangat sebab dah banyak dah topik diluar sana menceritakannya. Even NizamGhazi pun ada menulis tentang topik ni,


Tujuan saya buat search guna keyword "belajar programming" sebenarnya ada dua sebab. Pertama sebab saya nak bantu sesiapa diluar sana yang minat gila nak belajar coding tapi kurang atau sukar nak memahami example dalam internet sebab berbahasa Ingeris. Walaupun it's a better approach to know English tapi tak salahkan kalo ada satu lagi blog meramaikan lagi penyumbang blog bahasa Melayu Malaysia di internet. Nak mulakan sesuatu biarla menambah nilai kepada orang lain. Ni kata-kata mentor saya Dr Azizan Osman. Jadi the more niche the field is the better success for penetration. Kalau pun kita tak boleh nak hack blog orang, kita hack market blogging dengan blog coding kita sendiri, with syntax kita sendiri, baru boleh orang kata unique. Betul tak.

Sekali saya menaip mengajar di blog, masa yang sama saya boleh ajar diri saya sendiri ni, yang masih banyak syntax and coding yang perlu saya belajar. Saya ni sebenarnya berasal dari background electronic engineering, tapi minat saya pada komputer begitu mendalam. Pada tahun 2003 masa internet masih baru lagi at that moment saya dah start buat website. Masa tu mana ada lagi wordpress, CMS bagai ni. Memang hardcore coding. Buat pakai frontpage pirate CD pulak tu. Raw code babe. Pakai notepad buat html. Belajar sendiri tak ada buku pun, semua cari sendiri. Memang tak ingat sangat mana sumber bahan belajar masa tu. Tu lah first time buat coding. HTML buat page simple je. Guna bravehost. Masa tu bravehost still ada account free. Buat page sendiri dekat yahoo. Masa tu google belum ada lagi. Kemudian tak lama selepas itu baru search engine google mendapat nama, itu pun lama juga baru saya sendiri pakai google search. Dulu memang zaman yahoo. Even domain yahoo.my pun belum ada masa tu. Nak juga pakai pakai yahoo dekat asia, jadi yang paling hampir masa tu yahoo.sg. Jadi sebab itulah email pertama saya ada .sg kat belakang dia. Tapi sekarang dah ada yahoo.my. Saya dah kurang gunakan yahoo sebab banyak sangat spam.

Sebelum ni, saya ada juga tulis blog tapi tidak kerap. Bila ada kesempatan saja. Tapi saya suka baca blog ramai orang. Entah kenapa saya kurang gemar masuk blog jualan. Saya lebih suka baca blog yang ada story. Salah satunya saya malu nak story pasal kehidupan saya yag ala biasa-biasa ni. Tapi sejak ada cita-cita nak menjadi manusia luar biasa. Saya rasa tidak ada apa yang nak dimalukan kan? Kemaluan kenapa? Hahaha mesti ada orang gelak bila saya pakai istilah ni kan? Tapi penggunaan bahasanya betul tau. Even ada phrase kemalu-maluan pun ada ye. Hehehehe... :D

Wah tak sangka panjang jugak coding blog ni kali ni. Walau pun post saya masih lagi kurang dari sepuluh, tapi apa salahnya. Baru nak pick up processor power. Ni baru leh challenge Intel Quadcore hahaha. RAM berapa Gig ni? :P

Selain coding saya juga minat ber-gym. I like to use free weight. Running kat treadmill, swimming dan juga baca self-help books. So tak mustahil salah satu darinya akan menjadi topic untuk dijadikan bahan blogging masa hadapan. Oklah dah pukul 12.10 AM ni. Mak pun dah tidur. Buat sementara ni, saya duduk rumah mak menemani mak. Sejak 2, 3 hari ni, saya tidur dengan mak. Adik-adik dah penat menjaga mak disiang hari, jadi malam la masa saya boleh teman mak. Ok esok lusa saya story plak pasal mak saya ye. Until we meet again. Shut down for the moment. Compile and build energy for tomorrow. See ya, cheers!

Assalamualaikum, reader kesayangan ku. Good nite, sweet dreams! Saya tinggalkan you all dengan video youtube ni, saya suka sangat isi yang cuba disampaikan! Be Brave and BELIEVE!





You May Also Like

1 comments

  1. dongtam
    mu private
    tim phong tro
    http://nhatroso.com/
    nhac san cuc manh
    tổng đài tư vấn luật
    http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
    văn phòng luật
    tổng đài tư vấn pháp luật
    thành lập công ty
    http://we-cooking.com/
    chém gió
    trung tâm ngoại ngữ

    - Thực lực thật mạnh.

    Một chiêu của Nhạc Thành kinh hãi không dứt, mặc dù trong lòng đã sớm tràn đầy cảnh giác, nhưng cục diện có chút ngoài ý muốn của Nhạc Thành, lúc này hắn vội vàng nhanh chóng thối lui.

    Ngay khi Nhạc Thành lui về phía sau, không gian trước mặt ngọa nguậy, trong nháy mắt Tam Tinh Thú trực tiếp từ giữa không trung lướt trên, sau đó mang theo một cổ hơi thở hủy diệt giống như mủi tên rời cung đánh về phía Nhạc Thành.

    Thế công của Thái Hư Chân Hỏa hung hãn, cũng làm cho Nhạc Thành tức giận, Thủ Ấn trong tay không ngừng biến hóa, pháp quyết đánh ra, hữu chưởng đột nhiên nắm chặc, một cổ Thái Dương Chân Hỏa mênh mông hoả diễm dữ dội tuôn ra, sau đó một quyền hung hăng trào ra.

    ReplyDelete