Diari Seorang Single Mom Part I

by - December 17, 2012


Assalamualaikum semua,

Sekarang saya dekat bengkel kereta. Tengah servis kereta. And again I'm blogging from my beloved Blogspot Mobile App on my favourite iPhone 3GS. Sementara menunggu teringat nak tulis blog. Yelah it'll be good, selain menunggu I can do something productive.

Semalam saya sekali lagi diletakkan dalam persimpangan antara berhenti kerja fulltime atau berhentikan terus niat nak mengejar impian. Saya diajar, untuk kita mencapai impian kita, kita mesti terlebih dahulu membantu lebih ramai orang mencapai impian mereka. Seperti kata Zig Ziglar " For you to have what you want, you must first help other people get what they want!" That is the key to success.

Semalam saya diberi satu persoalan oleh orang yang hampir dengan saya. "Buatla pilihan duit atau mak. Fikirkanlah." Em.. Saya bekerja 5 kali sehari, dan hanya tinggal hari Sabtu dan Ahad saja untuk bersama mak. Jadi jika saya gunakan dua hari yang tinggal itu untuk kerja-kerja membantu ibu tunggal bila masa saya boleh bersama ibu? Selama ini adik-adik menyangka yang apa yang saya buat pada hari Sabtu dan Ahad adalah untuk mencari kewangan atau duit. Mereka tidak tahu bahawa setiap kerja, setiap kursus dan aktiviti yang saya lakukan di Ar-Raudah adalah aktiviti sukarelawan. Saya tidak dibayar untuk mengumpul database, saya tidak dibayar untuk menguruskan aktiviti persatuan dan saya tidak meminta apa-apa bayaran pun semasa saya umumkan yang saya akan membantu ibu-ibu tunggal ini untuk memulakan online presence untuk bisnes mereka.

Seminar IT dan Mobile itu adalah percuma. Saya cuma menyumbangkan sedikit ilmu yang saya ada, yang saya rasa sangat mudah bagi membantu mereka yang tidak begitu IT savvy. Tapi saya tidak salahkan adik-adik saya sebab apa pun yang saya lakukan saya mesti berikan priority kepada mak. Tidak akan ada berkat atas apa yang saya lakukan kalau saya tidak dapat berikan perhatian pada mak. Mak kini berkerusi roda. Jadi sangat sukar untuk dia melakukan sesuatu. Mak juga mengalami diabetik. Jadi jadual makan dan pemakanan mak perlu diberi perhatian. Adik-beradik yang lain telah banyak membantu dari segi tenaga dan wang ringgit. Saya masih lagi mencari apa yang mampu saya sumbangkan bagi meringankan beban mak.

Dan acapkali juga saya utarakan keinginan untuk berhenti kerja dan berikan sepenuh perhatian pada apa yang saya lakukan sekarang. Disamping itu saya akan ada masa untuk mak dan juga puteri saya. Tapi macam mana dengan masalah tanggungan saya? What about my financial? Saya buntu. Apa yang saya akan dapat kalau saya buat fulltime freelance tidak akan dapat menyaingi pendapatan saya di MIMOS buat masa ini. Beranikah saya? Mampukah saya melangkah? Saya belum cukup simpanan untuk itu. Dan komitmen bulanan saya masih memerlukan supaya saya mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Kereta, rumah sewa, bil telefon, internet, duit belanja anak, petrol kereta, insurans, itu semua perlu diselesaikan.

Saya terbaca status Prof Dr Muhaya semalam. Antara yang saya ingat: Sabda Rasulullah s.a.w, baginda menasihatkan umatnya agar tidak terlalu memikirkan jalan penyelesaian masalah sehingga kita tertekan. Tetapi baginda mengajar umatnya agar bertawakal pada Allah. "Bersabar dan solat. Pintalah pada Allah. Kerana Dia lah sebaik-baik tempat untuk kita meminta". Jadi saya serahkanlah kepada Allah agar Allah dapat menunjukkan kepada saya jalan yang mana saya dapat seimbangkan tanggungjawab sebagai anak dan juga aktiviti yang saya lakukan sekarang.

Saya dah kongsikan masalah saya dengan kakak. Alhamdulillah kakak faham situasi saya. Walau pun saya tidak dapat berada hampir dengan kakak. Saya tetap membantu dari sini. Begitulah kelebihan internet. InsyaAllah jika diberkati Allah usaha kita bersama akan dipermudahkan oleh Allah. Bukan kewangan yang menjadi matlamat saya, tetapi ia akan datang bersama dengan usaha ini InsyaAllah.







You May Also Like

0 comments