Gedung Ilmu Hakim Hajili - Syarikat, Saham, Saman

by - December 21, 2012


Assalamualaikum semua,

Sejak saya mengikuti Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman saya rasakan begitu banyak ilmu diperturunkan oleh anak-anak murid Dr Azizan setiap hari mereka dengan ikhlas memberikan ilmu. Makin saya menimba ilmu, saya rasa makin kecil dunia saya. Banyak rupanya ilmu yang saya belum tahu. Bermula sejak hari ini, saya berhasrat nak menyebarkan setiap ilmu yang saya terima kepada mereka kepada semua pembaca blog ini. Saya merasakan ilmu yang mereka berikan sangat berharga, dan saya harap ianya dapat membantu anda juga diluar sana.

Ilmu oleh Hakim Najili pada hari ini pukul 2am 21-12-2012:

1. Semalam pergi FREE course lanjutan yg dianjurkan oleh Richworks. Tak sia-sia bayar beribu sebelum nie.

2. Apa yg sy tahu masa sy signup advanced kelas anjuran Richworks dulu, tak ada pula dijanjikan kelas2 lanjutan yg free ataupun with a very minimal fee. Tp sy silap, banyak rupanya kejutan2 kelas penurunan ilmu daripada mereka cuma kena alert lah.

3. Yg sy tahu lepas Reunion IMKK sehari suntuk haritue di SACC dan di hujung program ada offer program follow up secara FREE, sy pun signup ajelah, dah orang nak kasik. Ajak la sekali Mohd Najib Bin Asaddok yg sanggup turun dr labis.

4. Bila dah masuk kelas, Jerry Zafrul Rizal Mat sedang beraksi di pentas. Beliau cerita semua A-Z perihal syarikat, Akta Cukai 1967, how does the global economy and history affected our business. Baru la terbukak sikit hotak nie.

5. Sekarang sy sudah tahu, kenapa penjajah memerdekakan semua negara dan memprogramkan minda agar kita menjadi, arkitek, enjinia, lawyer, accountant, dsb. Ianya cerita yg sgt besar, bukan main asia tenggara jer.

6. Ini paling best, beliau ajar, cara buat bisnes sampai gila2 punya maju, then u flip the business. Lepas flip, kita setup lagi satu bisnes pakai resepi yg sama guna branding yg lain. Lepas tue ada la tactical part sikit on how to play the flipping game.

7. Apa itu flipping? Contoh biasa nak senang faham, kita beli rumah harga RM200k, tunggu harga naik RM400k lepas tue jual. itu flipping la namanya. Business pun boleh flip juga.

8. Masuk second round, my super duper senior in Victoria Institution pun masuk. Hj Mohd Asri, very nice and cool guy, cerita pasal stock market dan property pula. Tp beliau lebih fokuskan on stock market sbb J dah cerita pasal property sebelum nie. Beliau dah main saham berbelas tahun sejak umur 21 tahun.

9. Dahulu, sy ingat kalau nak main saham nie mesti dah kena setup akaun dekat bursa malaysia dgn cara yg susah, kena bayar broker mahal2, kena ada itu, kena ada ini. Yg sebenarnya sy nie yg takder ilmu. Sebenarnya banyak cara yang dah di simplifiedkan zaman sekarang nie. Dan juga sambil berbisnes boleh main saham sekali. Beliau kata rahsia Multi Millionaire, diorang takkan run bisnes sahaja, atau run investment shj, They run BOTH!

10. Sekarang nie takyah pakai broker apa semua dah trade online jer sekarang. Patut la pi kedai makan org dok tgh graf berselang seli, rupanya diorang tgh buat duit. Yg kita dimomokkan dari dulu main saham rugi, rugi, rugi. Sebenarnya bukan kes rugi, sbb kita yg taktahu mcm mana nak main. Tanak carik sifoo

11. Nak senang faham saham mcm nielah. Sy nie pelabur, ahmad adalah penjual burger yg expert. Dia tahu mana nak carik budak, mana nak carik roti, mana nak carik dapur, semua dia terror. Jualan burger ahmad, secara harian adalah RM2k, di kawasan Seri Petaling. Satu hari sy dapat tahu dari suratkhabar, Malaysia akan menentang Indonesia dalam perlawanan bola persahabatan di stadium bukit jalil. Sy pam duit ke dalam akaun Ahmad sebanyak RM30k untuk dia buat modal jualan burger semasa hari perlawanan bola sepak. Habis jer game, sales ahmad adalah RM60k. Sy mintak balik pd ahmad RM30k modal, dan sy ambil RM20k profit, dia ambil RM10k. Perlawanan bola sehari jer, adakah keesokan harinya atau hari2 sy pam duit dekat Ahmad?

12. Begitu juga dalam asas2 main saham, ianya boleh disimpulkan dalam kes no.11, biasanya org rugi main saham sebab dia tgk ahmad jual burger baik punya waktu game malaysia indonesia, lalu dia pam modal hari2 dekat ahmad. Memang la takder return dan rugi, sbb yg org2 lain dia tak faham waktu bila dan kepada siapa dia nak pam kan duit tue. Saham bukan main judi, ianya ada fakta, mcm kes no.11, adakah sy dikira berjudi dengan keuntungan yg sy dpt dalam satu malam tue?

13. Cuma sistem saham nie ianya lebih teratur, hj asri juga cerita, cara pemilihan kaunter, timing yg sesuai, yang paling best ada cara main saham tanpa modal.

14. Bro, korang dengar citer aku nie mcm best jer kan. Mana ada benda takder risk, semua ada risk, but we have the terms calculated risk. Calculated risk nie mcm, kalau dah tahu mercun tue nak meletup kuat, masa main pakai la helmet.

15. Dalam banyak2 investment sy lihat saham adalah paling cepat nak dpt profit, dan paling cepat nak rugi. Oke la tue fair la kan. Cuma atas kita la nak hadapai ketakutan tue mcm mana, kalau nak berenang di swimming pool yg dalam, bawak coach sekali, jgn berenang sorang2 kalau tak biasa.

16. Saman. Nak tau apsal ada tajuk saman? Pada hari tersebut, kedua-dua kaunter bayaran syiling MBSA rosak, sy takleh nak bayar parking, kemudian keluar kelas sy tgk kena saman RM30, first time sy kena saman tak rasa nak marah, siap sy kata dalam hati RM30 yg sy perlu bayar tak ternilai dengan ilmu2 yg diturunkan oleh sifoo.... Takperlah sy bayarkan saman ini, semoga saman sy ini dibayar untuk kegunaan kemudahan awam di bandar shah alam.

17. Sejujurnya, sy rasa orang yang hatinya telah 'dibasuh' (sy tahu sbb sifoo2 nie semuanya dah attend kelas DAO) apabila menurunkan ilmu dan mengajar org, ternampak unsur keikhlasan luar biasa yang mana mereka mahu kita semua jadik seperti mcm mereka, millionaire at the age of 30's. Hj Asri jual garam himalaya jer bro, masa baru start, 4 bulan meniaga sales dah cecah RM1 Juta.

18. Kita nie org islam, wajib jadik kaya bro. Tuntut ilmu selagi mampu. Kalau belum rasa kaya, belajar, dah belajar jangan tinggal, belajar dan terus buat. Berilmu dan beramal. Jangan mengharapkan magik button. Sy pun masih lagi menuntut dan akan terus menuntut. Tengok nie di sini. Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :-

Zakat Perniagaan
Zakat KWSP
Zakat Saham
Zakat Pendapatan
Zakat Wang Simpanan
Zakat Ternakan
Zakat Emas dan Perak
Zakat Pertanian

http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=32&Itemid=9&lang=bm

19. Zakat nie sebenarnya duit dari agama mana yang kene bayar? Siapa si pembayarnya? Siapa pulak yang akan menerimanya? Kita orang islamkan? Zakat adalah rukun sbg org islam kan? Dah tue...

20. Sy mendoakan agar semua guru2 sy diberkati dan dilimpahi rahmat yang teramat banyak dunia dan akhirat. Amin....



You May Also Like

0 comments