Orang Kaya Berjaya, Materialistik! Tamak!

by - December 23, 2012


Bila Kita Kata Nak Jadi Orang Berjaya Automatik Akan Dapat Label Materialistik! Tamak!

Zass! Siapa pernah kena macam ni? Saya pernah kena label macam ni juga. Tapi saya yakin bukan semua rakan saya yang berniaga begitu. Sebab kami diajar oleh guru yang sama.

Bila saya menyatakan hasrat untuk berniaga dan kami diajar bagaimana untuk buka cawangan terus abang saya ingat saya masuk MLM. Hahahaha.. And straight away dia kata abang tak percaya. ^_^. Saya senyum dalam hati. Saya tunjukkan buku Inspirasi jilid I & II. Dia belek kejap aje tapi dia sambung kata "abang tak percaya." Saya masih senyum dalam hati. Hebat juga cikgu saya ni rupanya. Dia buat marketing untuk syarikat-syarikat besar di Malaysia. Tapi he remain low profile.

Saya nak kupas disini tentang pelajaran yang kami pernah belajar, dan apa method yang ada disebaliknya. Kenapa ye bila sebut meniaga orang terus ingat MLM? Kami diajar bagaimana sebenarnya untuk membina syarikat Sdn Bhd. Bukan Enterprise dan bukan MLM. Ini kerana syarikat Sdn Bhd akan menaikkan kredibiliti kita sebagai peniaga. Aliran keluar masuk wang syarikat dikawal dan di audit. Juga terdapat kelebihan-kelebihan lain dari sudut perbankan dan pembayaran cukai.

Selain itu kami juga belajar bagaimana membuka cawangan. Apa yang saya pelajari, dalam perniagaan lebih besar target pasaran kita maka lebih tinggilah kebarangkalian sales akan berlaku. Sebab itulah dalam mana-mana perniagaan sekali pun baik runcit atau International Corporation database pelanggan adalah sangat penting. Ini bukan MLM.

This is how business works. Bagaimana Intel boleh menjadi nama yang gah didunia? Selain produk yang terbaik. Ia juga gah kerana luasnya pasaran produk mereka. Andai kata Intel cuma jual di Amerika sahaja dan prosessor tu customised pula untuk pasaran disana. Agak-agaknya kita akan kenal ke nama Intel?

Kalau Microsoft cuma jual produk mereka di Amerika dan Europe sahaja. Agak-agaknya kita akan kenal ke nama mereka? Adakah mereka akan jadi gah jika pasaran mereka tidak diperluaskan ke serata dunia. Katalah tiba-tiba ada buyer Malaysia kata nak meningkat kemahiran rakyat Malaysia dengan mengimport masuk dua produk ini dan Intel dan Microsoft kata, "we are sorry sir, this product is custom to be market only in America and Europe. We don't export our product outside." Bolehkah mereka menjadi syarikat IT terbesar dunia jika mereka berpegang pada prinsip itu?

Expansion adalah perkara biasa dalam dunia bisnes. Kalau seseorang ingin maju there need to be expansion. Bagaimana dan cara untuk expand itu bergantung kepada bisnes plan syarikat. Dan strategic planning marketing sesebuah syarikat. Nothing is impossible. Kalau satay Hj Samuri boleh berkembang dari hanya berjualan di gerai sebelah stadium Kajang kepada beberapa cawangan di serata Selangor dan Kuala Lumpur, dan kalau Secret Recipe boleh ada kedai di serata Malaysia; kenapa abang rasa bisnes adik abang ni tak boleh ada cawangan? (saya tak cakap la macam tu pada abang saya. Ia hanya bermain diminda ku. Hehe).

I wanna have an ICT company and I wanna make it an MSC company. Company itu saya harap dapat membantu golongan ibu tunggal; dan saya mulakan dengan sekecil-kecil usaha, iaitu seminar ICT di persatuan Ibu Tunggal Putrajaya. Tiada yang mustahil. Dan penting kena ada usaha dan kena ada permulaannya. Saya dah jumpa platform dimana untuk bermula. Dan insyaAllah dengan usaha dan strategi yang betul ia akan direalisasikan.

Menjadi kaya dan berjaya bukan bermakna kita mengejar duniawi. Tetapi kalau kita nak hire maid untuk meringankan beban ibubapa kita itu perlukan duit. Kalau kita berhajat nak hantar anak kita ke kelas piano dan hafiz Quran itu juga perlukan duit. Dan kalau kita nak sediakan duit agar anak kita akan pergi ke universiti belajar medik dan buka klinik kesihatan di kawasan kampung-kampung itu juga perlukan duit. Kalau kita ada hajat nak buka kelas IT dia kawasan luar bandar untuk bantu pendidikan sek ren itu juga perlukan duit.

Dan jika itu impian saya sebagai seorang ibu tunggal yang sangat besar cita-citanya, digelar materialistik dan tamak. Then betullah tu. Tidak dinafikan saya seorang yang materialistik dan tamak. Hehe. Senyum bersyukur kerana telah mendapat ilham dan digerakkan hati menemui impian diri dikala ini oleh Allah swt. 

No Dream Is To Great For You To Achieve. You Just Need To Know Where To Start! 


You May Also Like

0 comments