Pendaftaran Syarikat & Pengurusan Perniagaan

by - December 19, 2012


Pagi-pagi ni sebelum saya bersiap sarapan ibu dan diri untuk ke pejabat, saya buka dahulu status di Facebook. (Seperti biasa saya tertidur atas katil depan laptop.) Nasib baik lampu tertutup, selalunya terbuka. :-D. Saya terjumpa satu artikel yang menarik dari rakan FB saya. Ingin saya kongsikan disini kerana saya percaya ia sangat berguna kepada saya dan sesiapa yang ingin memulakan perniagaan.

Petikan dari Facebook Hakim Najili.

  1. Petang tadi sy ada meeting dengan Group General Manager Richworks Jerry Zafrul Rizal Mat. Banyak yang sy dapat korek daripada beliau tentang susun atur perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, dan pelbagai hal berkaitan. Rupanya baru sy tahu richworks ada banyak sub-company. Aktiviti yang fokus kepada perkhidmatan pendaftaran dan penubuhan syarikat adalah Richworks Corporate Services.
  2. Terdapat pelbagi masalah usahawan orang kita terutamanya dari segi 'lack of knowledge' kelebihan pendaftaran syarikat sdn bhd, pengurusan kewangan, dan percukaian.
  3. Biasanya kebanyakan masalah usahawan adalah tidak mempunyai sistem pengurusan kewangan yang mantap. Masalah yang paling kerap adalah percampuran duit syarikat dan duit sendiri. 
  4. Modal. Modal adalah seperti mesin. Kita perlu asingkan duit modal setiap kali kita rolling duit dan dengan keuntungan yang diperolehi. 
  5. Contoh yang senang, anda adalah penjual kerepek pisang. Anda ada modal RM100. Anda guna duit RM100 tue pegi beli bahan mentah dan segala persiapan pun dibuat utk jualan. So bila anda sudah buat jualan, anda dapat jumlah keseluruhan jualan sebanyak RM150. Jumlah jualan anda memang RM150, tapi RM150 bukanlah untung anda. Modal RM100, untung RM50. Jadi untuk next cycle, anda perlu guna balik RM100 tue untuk second round jual kerepek pisang. 
  6. Masalah yang biasa berlaku adalah apabila usahawan sudah tak nampak RM150 tue yg mana modal yang mana untung sebab takder buat proper record, jadi mulalah dia 'terbelanja' RM150, lalu apabila dia rolling untuk next round, maka dia sudah kehabisan modal. Kes ini nampak simple sebab satu produk dan belum ada pelbagai overhead dan kos operasi lagi. Tapi bila sudah expand....
  7. Kepentingan pendaftaran syarikat. Apabila anda ingin memulakan syarikat, terdapat beberapa pilihan, tp yg common kita dengar adalah pendaftaran syarikat secara enterprise atau sdn bhd (ianya ada nama teknikal jika anda pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia) tp umum mudah mengenali enterprise dan sbd bhd. Enterprise lebih kepada individu, maknanya apa shj tanggungjawab untung rugi, cukai semua atas indidvidu, tetapi jika sdn bhd, liabiliti atau tanggungjawab tersebut adalah sebagai entiti syarikat.
  8. Cukai. Semua orang kena bayar cukai, ini tidak boleh dielakkan, baik yang makan gaji mahupun berniaga. Sebenarnya, bayar cukai nie banyak nikmatnya contohnya adalah untuk mendapatkan loan membesarkan syarikat. Bank akan memberikan kita kemudahan loan berdasarkan prestasi kita yang lepas sebab itu mereka nak sgt tgk statement bank. Membayar cukai adalah salah satu bonus yang baik di mata bank, di mana di situ bank akan lihat bahawa jika kita adalah pembayar cukai yang baik, maka tidak ada sebab bank menolak permohonan kita. Di situ bank akan lihat betapa bertanggungjawabnya kita dalam membayar cukai, jadik bank juga akan berfikir kalau dia bg loan pd kita, maka kurang juga risk untuk risiko untuk kita tidak bayar balik loan.
  9. Sebenarnya bank atau institusi kewangan milik kerajaan yang lain sangat bermurah hati untuk memberikan kita pinjaman perniaagaan jika kita mengikuti semua turutan dan 'fulfill' apa yang mereka mahukan. Yang paling mudah yang dah ada bisnes dan ingin expand.
  10. Jika semua transaksi dilakukan dalam akaun peribadi, maka amat sukar dan kurangnya kredibiliti kita dalam menguruskan kewangan syarikat dan bank akan melihat bahawa urusan perniagaan kita seperti main2 jika berniaga tidak ada sistem pengurusan kewangan yang teratur.
  11. Memang akan ada suara2 yang orang kata, alah buat apa berniaga besar2, nanti pening kepala nak uruskan semua. Cuba anda baca buku TS Syed Mokhtar anda akan dapati dia kini bekerja dari rumah sahaja walaupun dia sudah billionaire, cuma sekali sekala shj dia akan jumpa kepada owner2 syarikat yg diamanahkan oleh beliau untuk melihat prestasi. Sebab dia dah ada proper sistem untuk monitoring. Dia pun sama, buka company beras, register satu company, buka syarikat pengangkutan buka satu company. Di situ beliau mengajar kita betapa pentingnya mempunyai proper company management.
  12. Zaman sekarang amatlah mudah untuk mencari maklumat. Sy amat syorkan jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut untuk urusan pendaftaran syarikat, pengurusan kewangan, percukaian dan lain2, anda menelefon syarikat richworks corporate services di talian 016-2296760 (Lyna Othman) dan tanya beliau apa yang boleh mereka bantu anda.
  13. Anyway, hari ini sy nak bagi free gift kepada yang bertuah di mana jika anda SHARE kan post ini ke profile anda sendiri atau fanpage anda, sy akan pilih secara random dan anda akan memenangi wang tunai sebanyak RM50.
  14. Caranya mudah sahaja, tekan butang share di bawah ini dan jangan setakat share sahaja mulakan dengan ayat

    "Saya berpendapat pendaftaran perniagaan adalah sangat penting kerana...."

    Lagi banyak info yang anda cerita lagi cerah untuk sy pilih anda.
  15. Syaratnya hanya yang share dari profile page sy sahaja ----> Hakim Najili sahaja yang akan dikira, kalau share atas share tidak akan dikira. Contest bermula dari jam 11.00pm 18/12/2012 dan berakhir pada 19/12/2012 11.00pm. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih dan akan sy bagi RM50. (sapa nak bagi beb cuma tekan butang share dan tulis ayat sikit). Pertandingan ini adalah fully sponsored oleh sy Hakim Najili.
  16.  Sekali lagi ini adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Richworks Corporate Services.
    > Penubuhan Syarikat
    > Kesetiausahaan Korporat
    > Perakaunan
    > Harta Intelek
    > Perundingan Hal Perundangan
    > Trademark
    > No telefon 016-2296760 (Lyna Othman)


You May Also Like

0 comments