Pengaturcara Malaysia Sudah Lupus? Sukar Di Cari

by - December 06, 2012


Emm... Sekarang waktu rehat tengahari. Jadi saya curi sedikit masa nak buat nota sebagai isi blog malam nanti. Semasa saya mencari dalam google menggunakan katakunci "belajar programming", tidak banyak blog yang saya jumpai menggunakan sepenuhnya bahasa melayu dan berasal dari Malaysia. Yang pasti muka pertama yang terpapar dalam carian google hampir kesemuanya berasal dari Indonesia. Saya ulangi hampir ye, bukan semua. Yang ketiga tersenarai dalam paparan muka pertama adalah blog nizamghazi.com . Dimuka kedua paparan carian pula adalah OsemTech.

Sekali imbas bacaan pada blog NizamGhazi, saya boleh simpulkan dia mungkin lebih muda dari saya dan banyak menumpukan pengaturcaraan dalam bidang web. Mungkin juga seorang freelancer. Ini rumusan yang saya buat berdasarkan kepada notakaki di blog beliau. Dari paparan muka hadapan, saya dapati NizamGhazi akan blog sekurang-kurang sebulan sekali. Beliau menggelar dirinya sebagai "Seorang Novelis IT Inspiration berkonsepkan Paraleo Stereo", mungkin ini kerana sesekali beliau post pasti akan diselitkan sebuah lagu yang boleh dimainkan dari plug-in "SoundCloud".

Baiklah... Nanti saya sambung lagi malam nanti. Sambung kembali kerja. :-) Enjoy this song, sangat favorite sekarang



You May Also Like

0 comments