Titik Pusingan. Bangkit Dengan Aura Kejayaan

by - December 04, 2012

Keinginan menjadi usahawan teknologi mula timbul di awal Oktober 2012. Perkenalan dengan seorang usahawan muda berkebolehan istimewa mencetuskan keinginan mendalam dalam diri untuk mencari ilmu keusahawanan. Bermulalah usaha saya mencari ruang dan peluang yang ada di sekeliling yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan produk teknologi.

Dalam usaha mencari sumber inspirasi, dipertemukan pula dengan mentor yang sentiasa tekun mendidik masyarakat untuk berjaya dunia akhirat. Sesekali dugaan datang mencabar keteguhan pendirian. Namun usaha memajukan diri diteruskan jua. Terlalu banyak ilmu ditimba di seminar yang saya hadiri. Alhamdulillah, dipertemukan dengan rakan seperjuangan yang juga memiliki minat dan impian yang sama.

Sekembali sahaja, dengan ilmu dan semangat penuh didada langkah-langkah dimulakan dengan segera. "Fast Action, Fast Result". Prinsip ini dijadikan kayu pengukur tempoh menempa kejayaan. berpegang kepada prinsip "M.E.S.T.I". InsyaAllah masa muda yang masih bersisa akan dimanfaatkan demi menambah nilai hidup golongan yang memerlukan.

Dalam diam, segala ilmu yang dipelajari dipraktikkan. Usaha mesti diteruskan. Matlamat utama ialah untuk memajukan diri dengan menambah nilai kepada kehidupan orang lain. Obsesi dan impian menuju kebebasan diri dan keluarga mesti diteruskan. Projek-projek mula dirancang bersama rakan-rakan.
  • Projek menambah nilai diri dan masyarakat, dan
  • Penjenamaan diri dan rakan seperjuangan melalui ilmu dan kebolehan bersama.
Saya mula menimba ilmu berdikit-dikit. Saya petik kata-kata hikmah dari mentor kesayangan kami:
"Dengan impian yang jelas, dan tindakan bersistem, doa yang berterusan, maka Allah pasti merealisasikannya."


Tuan puan yang disayangi, teruskan perjuangan dan obsesi impian. Dengan obsesi, impian pasti menjadi realiti.

Pesan sahabat dan guru, "Dengan izin Allah, InsyaAllah ianya pasti menjadi kenyataan".



  • M - Mentor. Bila menimba ilmu keusahawanan cari mentor yang telah terbukti kejayaannya. Yang pernah melalui proses kejayaan, pernah jatuh dan pernah bangun kembali. Action speaks louder then word! And results speaks on its own. Bertanyalah dan bergurulah pada orang yg tepat, bukan mereka yang belum pernah menelusuri lorong dan jalan keusahawanan kerana mereka tidak pernah melaluinya. Jadi besar kemungkinan pendangan dan pendapatan mereka mungkin tersasar jauh dari ilmu yang sebenar.
  • E - Elmu. Ini adalah kombinasi Emosi + Ilmu. Apa jua yang ingin dilakukan hendaklah bermula dengan menimba ilmu di tempat yang betul. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Sebaik-baiknya lakukan sesuatu yang tuan puan minati. Ini kerana bila kita membuat sesuatu yang minati kita akan melakukannya penuh semangat dan ketekunan kerana kita seronok membuatnya. Di sinilah pentingnya komponen emosi.
  • S - Sistem. Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan memerlukan kepada sistem yang tepat. Inilah kelebihan berguru dengan mentor kejayaan. Tuan puan dapat menimba dari pengalaman jatuh-bangun mentor tuan-puan. Jadikan segala perkongsian ilmu itu sebagai panduan dan sempadan agar lebih mudah menempa kejayaan. Imitate a successful person and you will soon be successful yourself. Ikut jejak langkah yang sama, tiru jalan kejayaannya dan kita juga pasti akan berjaya.
  • T - Tindakan dan Tawakal. Apa jua ilmu dan sistem yang ada jika tidak diikuti dengan tindakan adalah sia-sia. Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. Dan amal tanpa ilmu adalah perbuatan yang sia-sia. Walo betapa banyak ilmu yang ada sekali pun sekiranya tidak disusuli dengan tindakan, tidak akan membuahkan apa-apa hasil.
    "Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)
  • I - Impian yang jelas. Impian yang jelas harus diiringi dengan pelan. Impian tanpa pelan hanya akan menjadi mimpi. Impian dan pelan akan membawa kepada realisasi matlamat. Kebanyakan tokoh-tokoh kepimpinan menekankan kepentingan meletakkan impian yang besar dan jelas. Ini kerana impian tinggi akan menjadi pendorong yang kuat agar kita kekal bermotivasi dengan "drive" yang tinggi. "Thinking Big" juga memastikan apa jua perancangan akan dirancang dari pelbagai sudut kerana kita dapat melihatnya dari perspektif yang lebih luas.

You May Also Like

0 comments