Aku Bukan OKU !

by - January 10, 2013


Apabila saya rasa coding memeningkan, susah, dan buntu.. saya akan berhentikan semua yang bermain di minda dan pesan pada diri, kalau ZUHDI boleh buat, aku patut boleh buat lagi baik!

Mesti cik tuan puan dan rakan-rakan semua tak kenal siapa Zuhdi. Nama kawan saya nie Zuhdi Najib. Saya pun tidak pernah mengenali Zuhdi sebelum ni. Kali pertama saya berkenalan dengan Zuhdi ialah semasa saya mula bekerja di My-MS selepas berhijrah dari CSM.

Saya ditugaskan mengambil alih tempat Zuhdi (hand-over). Dalam proses penyerahan tugas saya mula mengenali beliau. Dia sentiasa bersifat dan berfikiran positif. Dahulunya semasa dia lahir doktor memberitahu kedua ibubapa Zuhdi hayatnya tidak lama.

Tetapi kerana tekunnya dia dan fikiran yang sentiasa positif, dia masih bertapak dan bernafas dibumi Allah. Sebagai pengaturcara dialah antara pengaturcara paling hebat pernah saya kenali, dia juga merupakan seorang yang meminati Ethical Hacking.

Beberapa hari lalu saya cuba menjejaki Zuhdi melalui En Google. Saya telah menemui sebuah berita tentang dirinya di internet. 
Inilah Zuhdi seorang yang cekal, pintar dan sentiasa positif. Jadi kalau anda merasa sukar, tertekan dan macam fikiran negatif dalam kotak fikiran. Fikirkan semula Kalau ZUHDI BOLEH KENAPA AKU TAK BOLEH?

You May Also Like

0 comments