Hakim Najili Menulis Lagi, Kunci Kejayaan Yang Pasti!

by - January 02, 2013


Hari ni saya terbaca post Facebook yang kawan baik sekolah saya kongsikan di profil peribadinya. Saya ingat lagi semasa saya beritahu sahabat baik saya, saya baru lepas ikuti Seminar Intensif  Jutawan Industri, sahabat saya cadangkan saya mengikuti perkongsian salah seorang anak murid Dr Azizan Osman bernama Hakim Najili

Perkongsian hari ini merupakan nukilan lama yang sahabat saya naikkan semula. Dan saya sangat hargainya, kerana perkongsian kali ini memang penuh isi dan saya baru pertama kali membacanya. Nasib baik dikongsikan semula, kerana saya dapat salurkan ilmu beliau kepada pembaca blog kesayangan saya malam ini.

Banyak isi dalam nukilan Hakim kali ini semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

CATATAN SELEPAS UNIVERSITI INTENSIF MENTOR KEJAYAAN & KEKAYAAN (IMKK) 10 -13 MEI 2012 OLEH DrAzizan Osman.

1. Alhamdulilah, sy telah berjaya diprogramkan dengan cemerlang oleh No.1 Success Coach In Malaysia. Di sini sy ingin kongsikan pengalaman sy yg sy bayar pada harga hanya RM997 tetapi sebenarnya sy dpt value yg bernilai RM 997,000. Sebelum pergi sy rasa RM997 sgt mahal, dah pergi sy rasa sy bayar terlalu murah berbanding value yg telah sy dapat.

2. Dahulu, sy tidak percaya bahawa manusia ini tidak boleh berubah dan amat sukar untuk diubah, tetapi telahan sy amat salah sama sekali. Manusia boleh berubah cuma kita perlu cari ejen pengubah yg sangat kuat untuk mengubah seseorang. Dan alhamdulilah sy telah berjaya jumpa dengan orang yang betul untuk memprogramkan minda sy yg sudah "agak berkarat dgn air kopi". Yang tidak boleh diubah selamanya hanyalah 2 perkara sahaja iaitu Allah dan juga Sunah.

3. Sebelum ini saya suka limitkan sesuatu benda, kenapa sy hanya perlu set yg sy bakal mampu membeli rumah yang bawah RM200k? Kenapa sy perlu set sy hanya perlu achieve gaji sendiri yang hanya bernilai beberapa angka? Sedangkan jika kita betul² memahami asma ul husna salah satu sifat Allah adalah AL GHANIYY (yang Maha Kaya) dan hari² juga kita baca bismillah bermakna kita percaya Allah itu Ar - Rahman (Maha Pemurah) & Ar - Rahim (Maha Penyayang). Jika kita pegang betul², dan memahami sampai ke lubuk hati. Allah itu tidak ada limit dalam soal memberi rezeki sbb Dia Maha Kaya unlimited, Dia Maha Pemurah unlimited, dan Dia Maha Menyayangi hambaNya unlimited. Jadi mengapa sy perlu limitkan permintaan sy kepadaNya? Sedangkan Dia amat suka mendengar hambaNya meminta, Dia yg suruh kita minta, tetapi kita ini Ego, kita yang tanak mintak, Dia taknak bagilah. Selama ini juga barulah sy tersedar, yg kita hanya sebut sifat²Nya di mulut, tp tidak terkesan di hati.

4. Sy telah diprogramkan cara submit doa dengan betul, analoginya sangat mudah, jika kita mahu apply loan rumah, kita kenalah isi form loan rumah, kalau nak apply loan kereta, isi lah loan kereta. Selama ini sy banyak salah isi form, dan sy yakin sbb itulah banyak doa² sy tidak termakbul. Hari ini sahaja sy submit beberapa doa, dan alhamdulilah, kebanyakan doa sy makbul hari ini dengan kombinasi teknik yg betul. Daripada doa nak dapatkan parking sehinggalah doa utk dimurahkan rezeki :) Alhamdulilah. Nak masak pun ada teknik, salah teknik, masakan hangus, nak format PC pun ada teknik, salah teknik PC terbakor, nak bersukan pun ada teknik, salah teknik kejang urat. Nak berdoa takkan takder teknik?

5. Doa juga ada teknik dan sy telah dijumpakan dgn teknik doa yg so powerful yg mana doa kita boleh dimakbulkan on the spot dengan hanya bermodalkan KEYAKINAN HAKIKI dan akan ditunaikan dengan izin Allah. Tidak ada guna jika kita hafal 1001 doa sekalipun jika teknik berdoa kita kurang betul. Sy mengakui kesalahan utama sy dlm berdoa selama ini adalah tidak disertakan dengan KEYAKINAN HAKIKI. Percayalah rakan² jika doa anda dimakbulkan on the spot, anda akan rasa gementar tidak percaya betul ker apa yg berlaku nie? Dan disitulah semakin bertambah yakin dengan Allah Yang Maha Kuasa. Dia boleh buat apa sahaja yang Dia suka. Setakat Dia nak jadikan awan turunkan air, setakat Dia nak goncang bumi, Dia terus boleh lakukan dengan berkata Kun Fa Ya Kun. Takkan kita nak mintak parking kereta dia tak makbulkan (dengan izin Allah)? Sekarang sy semakin faham kenapa doa adalah senjata yang paling powerful sekali untuk umat islam. Masalahnya kita nie tak reti guna senjata tue, main tembak aje, memanglah tak kena sasaran. Ingat! tugas kita submit jer, Dia yang akan approvekan. Kenapa kita perlu fikir doa kita approve atau tidak sbb itu adalah kerja Dia, tugas kita submit sahaja doa yg kita mahu selebihnya bukan hak kita untuk tahu Approve atau tidak, jika approve ianya adalah sesuai dgn kita, jika tak approve ianya mungkin tak sesuai dgn kapasiti kita.

6. Sy juga telah mempelajari the power of sedekah. Bagaimana dr azizan telah merungkai how that particular sedekah itu boleh mengenerate ekonomi umat islam, bagaimana dr segi saintifiknya sedekah itu akan membuatkan orang akan bertamah menjadi kaya. Bagaimana sedekah itu boleh membersihkan hati. Bagaimana secara saintifiknya, sedekah itu boleh membesarkan takungan rezeki kita, Fantabulous!

7. Sekarang sy faham kenapa Nabi suruh kita berjalan pergi masjid pagi² untuk menunaikan solat subuh. Dan benda yg sama juga dr azizan apply setiap kali kelas bermula, kita perlu dalam keadaan energy yang tinggi supaya apa sahaja yg kita buat dalam keadaan 100% barulah hasilnya 100%. Berjalan kan berpeluh, longgarkan semua otot² dan seterusnya otak kita dalam keadaan enjin yang telah dimasukkan gear untuk bergerak.

8. Ibu adalah keramat hidup. Kita perlu expresskan kasih sayang kita pd ibu, bukan sekadar berkata dlm diri, yg kita syg ibu kita. Ibu adalah kunci syurga, kunci rezeki, kunci kebahagiaan. Kalau kita takder kunci boleh ker buka kereta? boleh ker buka pintu rumah? Sayangilah ibu anda, peliharalah ibu anda, seperti mana anda sayangkan kereta, kunci kereta sentiasa letak dalam poket, sayangilah ibu anda setiap hari setiap masa setiap saat. Letakkan ibu di hati, letakkan ibu di minda, kalau anda syg ibu anda, walaupun tgh meeting, walaupun tgh jumpa kawan², kalau mereka call, angkat itu jam juga sbb ibu anda boleh berkecil hati hanya jika anda tidak angkat call. Saat ibu call itulah sebenarnya saat yg dia ingat pada anak dia dan jika ibu berkecil hati sbb tak angkat call dia, that's it! Apa lagi dengan perkara² lain. Jika ibu anda teringat anda, layanlah ibu anda, ingatlah kata2 dia semuanya doa, tidak tertutup pintu langit doa ibu ke atas anaknya. Semudah itu sahaja doa anda boleh makbul hanya dengan menggembirakan hati ibu!

9. Niat adalah perkara yang sangat penting. Sekadar berniat, berbeza dengan betul² berniat, akan menghasilkan result yang berbeza. Apa² sahaja niat yang kita buat untuk tambah baik nilai kehidupan org lain, akan menghasilkan result berbeza. Contohnya simple, apa itu tambah nilai kehidupan orang lain? Maknanya ada perbezaan sebelum dan selepas. Jika kita berniat jual nasi lemak, kalau niat utama kita untuk memberikan kekenyangan kepada org lain berbeza dengan niat utk mendapakan keuntungan semata². Jika niat kita mmg betul² untuk nak tambah nilai kehidupan org, insya allah ada magnet yang akan menarik org utk beli lagi dan terus beli. Jika jual hanya untuk pentingkan untung semata² mmg susah nak ada return customer, org akan beli sekali, dan thats it, perniagaan kita takkan maju. Semudah itu sahaja, perbezaan niat.

10. Kepentingan simpan emas. Rakan² yg dikasihi, belilah emas. Kalau belum mampu belilah dulu 1 dinar ~ RM750. Letak dlm wallet, org laki tak boleh pakai emas, org perempuan at least pakailah cincin belah rotan. Magnet rezeki simpan emas nie masya allah, sukar utk diceritakan. Jgn percaya sy cakap, buat jer dulu. Tp basic kehidupan seperti solat 5 waktu tue still kena buat. Janganlah pulak fikir simpan emas tak payah solat. Kalau masuk rezeki yg banyak sekalipun, mungkin bocornya lagi banyak drp masuk jika tak solat.

11. Kini, sy dalam proses untuk, mencipta dan menulis 101 impian kehidupan sy, yang mana sy yakin dan sy yakin Allah menghidupkan sy adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain. Dan sy perlu cari orang² itu untuk sy manfaatkan hidup mereka, tambahbaikan hidup mereka.

11. Sy ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada sahabat MD Shawal, Mohd Najib Bin Asaddok dan Rosaidi Shukri kerana mereka telah menarik sy utk berjumpa dgn seorang hamba allah yg hebat untuk menghadiri universiti IMKK ini. Terima kasih juga kepada group Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman dan juga groudp Alumni DAO: kerana banyak caj² positif yg sy dapat dari situ. Jutaan terima kasih kepada Dr Azizan, u have change my life :)

You May Also Like

0 comments