PRU13 Racist Issue Remind Me Of Whiz Kids

by - May 07, 2013


#memorylane #ShahrinaShaharin
Sepanjang seminggu sebelum dan selepas PRU13 asyik-asyik keluar post yang menyinggung perasaan rakan kita yang berbangsa Cina. Memandangkan ramai rakan-rakan berkongsi pengalaman mereka saya juga nak share pengalaman saya.

Saya tidak bersekolah cina, tetapi saya bersekolah di pekan Kajang di SMJB (Sek Men Jalan Bukit). Dan majoriti pelajar adalah berbangsa Cina dan India. (Masa zaman saya lah ye) Murid-murid melayu adalah dalam <10 orang satu kelas di kelas terbaik. Masa tu saya di kelas terbaik.

Saya telah dihantar mewakili Pertandingan Komputer dan nama group kami adalah the "WhizKids". Saya ibarat bunga dikelilingi kumbang. Dua wakil lagi ada lah Edwin Yap dan Bryan. Edwin pada pandangan mata saya adalah pelajar Cina terpintar dalam kelas kami. Manakala Bryan pula jenis yang suka menonjolkan diri.

Sepanjang perjalanan Edwin menjaga saya ibarat menjaga adik dia sendiri. Pergi balik pertandingan dia akan awasi perjalanan kami. Manakala Bryan pula ibarat adik bongsu. Segala urusan meregister dan perjalanan pulang diuruskan oleh Edwin. Dalam bas semasa balik pertandingan saya telah duduk sebelah makcik. Edwin pula sengaja berdiri berhampiran walaupun ada tempat kosong di bahagian belakang bas.

Bila makcik tu dah turun Edwin yang mulanya hanya berdiri dari tadi duduk disebelah saya. Dia bertindak seolah-olah seorang abang. Masa balik kami bertiga pulang bersama-sama. Kami tak banyak cakap sebab memang masing-masing jenis kurang bercakap. Bryan ada juga lah bertanya-tanya kenapa melayu ada larangan makan benda tertentu. Edwin yang menegur Bryan kalau dia tersilap cakap semasa kami berbual.

Apa pun itulah kali pertama saya merasa terharu dengan sikap dedikasi Edwin menjaga saya. Sebelum ini kami tidak banyak bergaul sebab dia memang pendiam orangnya. Sekarang dia juga merupakan seorang programmer seperti saya.

If you happen to read this Edwin, I would like to say thank you for looking after me the whole day during our trip to the computer competition. I never had a chance to thank you, but I really appreciate what you have done for me that day. ^_^.

Shahrina Shaharin,
Ex-classmate 2U, Sek Men Jalan Bukit, Kajang.

You May Also Like

0 comments