Impian, Pelan, Tindakan !

by - December 27, 2013

#inspirasi#ShahrinaShaharin
Ramai orang punya impian. Saya suka membaca buku self -help book. Kebanyakan orang berjaya bermula dengan impian. Selepas melakar impian mereka plan jalan menuju impian itu. Mereka bertindak ke arah impian ini. 


Hari-hari tindakan mereka selari dengan impian yang dituju. Image impian sentiasa bermain di mata dan minda mereka. Makin hari, makin pantas tindakan dan cara mereka berfikir. Makin hari makin mereka dahagakan ilmu tindakan. Mereka belajar dari orang yang mereka pilih sebagai kawan. Mereka belajar dari mentor, dari buku, dari pengalaman orang lain.

Bila mereka belajar, mereka boleh elakkan diri dari melakukan kesilapan. Mereka belajar dari kesilapan orang lain, maka langkah mereka lebih pantas kerana dapat kurangkan halangan.




Mari kita terus belajar dan terus bertindak ke arah impian. Impian bukan hanya untuk dimainkan dalam mimpi ia perlu disertai dengan tindakan yang selari. 

Saya doakan rakan-rakan saya terus melangkah menuju impian. Carilah ilmu dan terus pilih kawan-kawan yang positif. InsyaaAllah kita sama-sama akan berjaya.

Alhamdulillah sebelum saya belajar pasal alpha rupernya saya dah lama mengamalkannya. Dari kecil suka komputer masa main "taip-taip" saya pasang impian kerja dengan komputer. Dah SPM cari kursus yang hampir dengan komputer juga. Dah kerja bidang komputer, minat pula penyelidikan dalam bidang ini, dapat juga kerja dalam bidang ini.

Sekarang impian nak jadi usahawan jutawan, insyaaAllah jalan padanya makin hampir dan selari.

PakarIT dari MMG Brand Posse
Consultant BizImpulse

You May Also Like

0 comments