Kenapa Negatif Sebelum Mencuba?

by - December 17, 2013


#inspirasi #ShahrinaShaharin
Kenapa ye bila kita bersunggguh mencari rezeki ada yang mencebik muka,

tetapi bila mereka kesempitan wang mereka sendiri stress dan marah.

Kenapa ye bila kita bersenam ke atau kita rajin pergi kursus ke ada yang menjeling tajam,
tetapi mereka rela bersuka-ria mengadap peti cahaya berjam-jam sehari.

Kenapa ye bila kita gembira dan panggil anak kita solat ada yang cakap "eleh tunjuk baik ler tu"?
tetapi dia sendiri yang asas belum cukup!

Kenapa ye bila kita berniaga ada yang pandang enteng dan menganggap kerja ini kerja murahan, takde standard takde 'class',
tetapi dia sendiri pergi ke pasar malah ke pasaraya bershopping baju, barang dapur hatta diaper dan sabun gosok jamban pun kena beli.

Tidak nampakkah mereka? Atau just pura-pura tak nampak.
Yelah kerja berniaga tak duduk dalam air-cond, tak boleh pakai kot...
Yeke tak boleh? Boleh je kalau nak.Takde pun yang menghalang.

Mereka ingat orang yang bergelar jutawan tu tiba-tiba je ke terus berada di atas? Adakah mereka memohon jawatan jutawan di Jobstreet dan resume mereka disaring?

Saya perhatikan mereka yang dalam kelompok begini adalah yang jarang membaca self-help or motivational books. Cuma rajin baca buku nak lulus periksa aje.

Duhai kawan, buka lah minda. Bukalah mata. Lihatla sekeliling mu. Kalau seseorang jual kek coklat dan untung RM1 sekotak tapi mampu menjual pada 10k penduduk di Malaysia, bukankah itu sahaja sudah lebih dari gaji kalian? Harga kek sekarangkan rata-ratanya RM5 sekotak 3in x 3in.

Bukalah mata lihatlah dengan mata hati dan kirakanlah dengan logik akalmu.


BE POSITIVE


You May Also Like

0 comments