Papa Anis Masuk Kelas Pertama

by - December 02, 2013



Assalamualaikum semua,

Mesti sedang seronok bercuti bersama-sama anak-anak dimusim cuti sekolah ini kan? Saya doakan semoga anak kesayangan saya bergembira bersama ayahandanya yang tercinta.

Kehidupan ini penuh onak duri dan pancaroba. Suatu ketika dahulu semasa saya di universiti saya ditimpa beberapa musibah yang mencengkam jiwa. Saya sering bertanya kenapa begini apa salah ku? Tidak cukup baik lagi kah aku? Air mata berlinang hampir setiap malam. Dan ada kalanya juga sesuatu itu pergi juga walau begitu kejap dipegang. Kerana Allah SWT sayangkan setiap hambanya. Malah dia lebih kasih lebih penyayang dari seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.

Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi kita. Apa yang bakal membahgiakan kita dan apa yang akan menjauhkan kita dari-Nya. Kini selepas beberapa pengalaman dan peristiwa kehidupan saya sedari jodoh, pertemuan, anak dan rezeki semua sudah tertulis di Luh Mahfudz. Kita boleh merancang sebaik dan sesempurna mana pun. Tapi akhirnya Allah jua yang menentukan perjalanan hidup kita. Walau berat ditolak ia tetap datang jika sudah Allah suratkan yang anak ini bakal bersama mu. Walau kejap digenggam ia akan terlepas juga jika ia bukan terbaik untuk mu.

Allah jua yang Maha Mengetahui. Allah juga menentukan jodoh pertemuan itu selama mana dan dengan siapa. Allah yang memegang hati-hati setiap insan. Dia saja yang bisa membolak-balikkan hati itu. Kini baru ku sedari apa erti peristiwa dan pengalaman yang menimpa diri setelah bertahun-tahun. Kenapa jadinya begitu.

Kebahgiaan datang kepada yang berusaha, dan yang bersungguh-sungguh berdoa. Teruskanlah doamu kerana Allah sentiasa mendengar dan adakala doa itu ditahan untuk sesuatu yang lebih baik.

Hari ini hanya sesi luahan rasa yang semakin pulih dan beransur-ansur sembuh. Terima kasih atas pengalaman dan peristiwa lalu. Terima kasih atas kurniaan cahaya mata ini kepada ku. Terima kasih juga atas memori yang lalu. Baik yang indah atau yang menduga. Semuanya bererti buat diri ini. Semuanya membentuk diri agar lebih baik dari semalam.

Kasih anakanda pada ayahanda tetapkan mekar dan takkan pudar.



"Papa saya dapat no 3 dalam kelas !"


"Kasih ayah sehingga ke hujung nyawa"



You May Also Like

0 comments