Sikap Penentu Arah Hasil Kehidupan

by - December 28, 2013


#inspirasi #ShahrinaShaharin

Perubahan perjalanan hidup kita boleh berlaku jika kita mahukan ia untuk berlaku dan bersungguh untuk mengubahnya. Perubahan berlaku bermula dengan doa sepenuh hati dan jiwa. Bertawakallah pada Yang Esa. Tanpa usaha tidak akan berlaku perubahan itu.

Tanpa kita tekan remote TV untuk "Power On" tentunya ia tidak kan terbuka. Tanpa kita masukkan plug ke soket kuasa di dinding, tentunya ia tidak akan terbuka. Jika papan litar terputus antara 5V+ dengan GND tentunya TV tidak terbuka. Jika tiada pergerakkan elektron dipapan litar tentunya tiada kuasa yang akan dapat membuka TV itu.

Jadi siapakah yang memberi electron sifat menarik kepada cas positif? Siapakah sebenarnya yang menjadikan keupayaan electron untuk bergerak bebas ini? Pernahkah kita terfikir untuk mengucapkan "Tiada daya upayaKu melainkan dengan izin Allah semasa kita tekan butang "Power On" itu? Jarang sekali. Saya akui saya juga begitu

Semua itu sunatullah. Tapi tidak berlaku sesuatu itu tanpa izinNya. Itu lah bezanya antara benda yang boleh dikawal dengan benda yang tidak boleh dikawal.

Biar apa pun tekanan luar pada kita, kita yang menentukan hasil kehidupan kita. Apa tindakan kita yang menentukan hala tuju kewangan, kasih-sayang, pendidikan, malah tutur kata dan aktiviti kehidupan. Dari mana datangnya tindakan ini? Ia bermula dari cara kita berfikir, cara kita merasa. Hati dan aqal anugerah Ilahi kepada kita.

Apa yang berlaku pada kita adalah asbab persekitaran. Tetapi apa tindakan dan cara kita menangani masalah itu yang lebih utama. Apa kita fikir, apa kita rasa adalah pilihan kita sendiri. Maka pilihlah untuk kehidupan yang lebih baik. Dunia dalaman adalah cermin dunia luaran kita. Percaya atau tidak itu juga adalah sunnatullah yang sudah ditentukan Yang Maha Esa.



You May Also Like

0 comments