Aspirasi Usahawan

by - January 01, 2014

Follow my blog with Bloglovin
#inspirasi #ShahrinaShaharin

Apa yang saya pelajari dari seminar Celik Famili sangat banyak tapi antara yang rasa core utama adalah jika kita menghadapi dugaan, kesusahan, ujian, dari persekitaran, rakan-rakan, customer, famili, semuanya adalah tarbiah dari Allah. Saya rasa ini core utama yang cuba Prof Dr Muhaya dan juga ustaz Pahrol Mohamad Juoi sampaikan.

Kesukaran ini pada mata kasarnya datang dari persekitaran, tapi apa tindakan, cara kita bertindak terhadap persekitaran itulah yang lebih utama. Kita kena ingat, sesuatu itu takkan terjadi kalau Allah SWT tidak mengizinkannya berlaku kepada kita.

Setiap yang terjadi pada kita, mungkin kelihatan buruk pada pandangan mata kita. Tapi itulah yang terbaik bagi kita. Siapalah kita untuk memikirkannya kerana ilmu kita yang sangat sedikit dan terhad ini...

Selama beberapa tahun ini, kita diajar untuk belajar tinggi-tinggi untuk menjadi pekerja yang hebat. Kemudian bekerja untuk orang lain. Tapi bila kita tengok semula mereka yang luar biasa dan berjaya. Perjalanan hidup mereka selalu yang lain dari perjalanan kita yang biasa.





Dato' Syed Mokhtar, Bill Gates, Steve Jobs, Siti Nurhaliza, Bob Proctor. Cuba kita renung perjalanan hidup mereka. Apa persamaan mereka? Mereka semuanya peniaga.

Malam semalam dalam Ustaz Kazim Elias "Kalau Jodoh Tak Kemana", di berikan beberapa fakta menarik yang baru saya ketahui. Para peniaga yang amanah, jujur mendapat tempat yang tinggi disisi Allah SWT di akhirat nanti. Mereka ini menggunkan hasil perniagaan mereka untuk pembangunan ekonomi Islam.

Cuba kita ingat kembali:
Rasullullah s.a.w.,
Abu Bakar As-Siddiq,
Abdur Rahman bin Auf (paling terkenal ketokohan skill berniaganya),
Siti Khadijah r. a...
Mereka semua perniaga yang hebat di zaman mereka.

Jika saya tidak temui semua ini dalam perjalanan hidup saya, tentu saya hanya menjadikan berniaga sebagai sampingan dalam menampung kehidupan yang kian menyempit kini. Tapi setelah saya amati, saya pelajari, saya lihat sendiri dalam pergaulan bersama rakan-rakan. Saya dalam peroses menganjakkan kehidupan saya kepada menjadi peniaga sepenuh masa.

InsyaaAllah, dengan izin Allah Ia Pasti Terjadi.

Sesiapa yang dah ceburi ilmu keusahawanan pasti tahu. Pemasaran adalah ilmu penting dalam menguasai sebuah perniagaan. Dalam seminar percuma #DrAzizanOsman dia dah bongkarkan 70% adalah pemasaran.

Pemasaran - Bila orang tahu barulah orang kenal.
Bila orang dah kenal baru lah mereka akan berurusan dengan kita.

Di Facebook ini, selepas keluar IJI saya mengubah status dari post aktiviti harian kepada perkongsian ilmu IT. Dari situ peningkatan friends bertambah dengan pesat. Satu lagi yang membantu lambakan friends adalah apabila #DrAzizanOsman menaikkan testimoni saya tentang ilmu saya terima di IJI.

Kemudian saya test status saya. Semasa saya share tipsIT saya dapati Likes Page Shahrina Shaharin Officialpage meningkat. Sesekali saya menulis perkongsian minda dan inspirasi Likes ada sampai 30+, 40+ . Ini menunjukkan ramai yang membaca status saya. Most of them adalah silent reader.

Apa kita baca, apa kita pelajari dalam kehidupan semua boleh djadikan bahan inspirasi. Selain menambah keyakinan dan mempositifkan minda kita, kita juga menambah ilmu rakan-rakan sekeliling kita. Ini adalah langkah pertama rakan-rakan peniaga FB boleh mulakan untuk menjana dan menarik friends.

Jadi bila kita kongsikan perniagaan kita, mereka mula kenali kita. Merekalah yang bakal menjadi customer kita. Saya harap perkongsian ini bakal membantu semua disini bermula. Tahap kefahaman ilmu kita berbeza. Cara penyampaian ilmu kita juga berbeza. Ini mungkin cara saya. Sebab saya rasa ini minat saya. 

You May Also Like

0 comments