Jika benar Kau ditentukan untuk Ku, Permudahkanlah jodoh dan pernikahan kami

by - February 14, 2017


Maafkan Rina awak, bukan Ina sengaja memutuskan silaturrahim kita. Tapi berada dekat dengan mu benar-benar melukakan hati ini. Aku penat menyeka air mata, memujuk hati, kelukaan lama berdarah kembali. Kau dekat, namun tetap jauh.

Ina tahu awak tak sengaja membuatku terluka. Ina tahu awak tak sengaja membuatku menangis. Tapi kelukakan ini tetap hadir juga. Aku tahu, kau kerap kulukai dengan kata-kata, tetapi kekecewaanku tak dapat ku gambarkan. Dari Ina terus melukakan hatimu, baik Ina bawa diri ini pergi mencari ketenangan. Aku tidak mahu menjadi punca kebahgiaan mu runtuh. Aku tak mahu dikaitkan dengan kehilangan pada apa yang telah kau bina.

      
   


Jika benar, kita dijodohkan oleh Allah SWT, kita tetap akan bersatu juga. Tiada apa bisa menghalang kuasa Allah tidak juga aku. Ina pernah alami, kuasa Allah dan ketentuan Allah SWT akan tetap terjadi biar ke pelusuk mana pun kita cuba lari.

Ina yakin pada janji Allah, awak. Ina yakin pada apa yang awak ceritakan pada Ina. Cuma yang Ina tak yakin, adalah keberanian mu.





Ina tahu awak tak bisa membaca hati Ina. Memang sukar nak baca. Ina sendiri keliru apa yang Ina mahukan. Tempoh yang awak berikan terlalu lama untuk Ina terus menderita. Terlalu lama untuk Ina menanggung luka. Ina cuba juga, tapi Ina tak berjaya. Hati Ina rapuh awak. Lebih rapuh dari dulu. Kesan calar, parut lukanya terlalu dalam untuk Ina tanggung.

Cuma yang Ina tahu, Ina hanya nak awak sahaja. Tanpa ada sesiapa disisi. Jika kini bukan masanya, dan awak belum rela atau bersedia sepenuhnya; biarlah Ina pergi merawat dulu hati ini. Agar Ina boleh fokus pada apa yang lebih penting dalam kehidupan. Lebih tenang, dari sakit luka di dada yang terpaksa Ina pikul hari-hari. Biar minda Ina lapang dari asyik memikirkan sesuatu yang membuat senyum dan tawa ini hilang dari wajah.

Kehadiran mu Addy, walaupun sekejap. Memberikan harapan, melukiskan senyuman. Namun senyuman itu tidak dapat kekal lama. Ia kemudiannya menjadi luka. Maaf, namun Allah sahaja tahu apa ada dalam hati ni. Ina cuba berpegang pada apa awak kata. "Yakin pada takdir, cuma maybe belum sampai.." Ina sanggup tunggu jauh-jauh sehingga tiba saat itu.


   

You May Also Like

0 comments