Abah Rupanya Prof Madya dan Jutawan Senyap

by - August 21, 2017



ADA MASALAH DUIT SELALU TAK CUKUP?
Atau simpan lepas tu korek balik?

Ramai rasanya dalam keadaan macam ni. Terutama mereka yang bekerja fulltime sebab tiada sumber atau peluang nak dapat duit jika gaji dah habis. Walaupun baru tengah bulan. . Semalam banyak sangat ilmu pengurusan kewangan yang Rina terima. Kalau selama ni rasa diri kerdil berbanding kawan2.
Tapi selepas belajar:
➡ X-Ray Kewangan
➡ Engin Wang
➡ Wang Super Highway

Rina bukan nak promote program Abang Abu ni.. Tapi selama ni serius rasa diri kerdil je. Disamping kawan2 yang pakai vellfire yang ada BMW. Tapi setelah belajar semalam, selama 3 hari, dalam hati tu rasa syukur sangat2! . Indahnya aturan Illahi. Takde loan rumah, takde loan kereta, takde loan kredit kad. Kalau dapat duit rezeki student belajar tu, syukur sangat.

Faham lah Rina kenapa selama ni abah tak pernah beli kereta baru, kereta mewah. Walaupun kalau ikutkan Prof Madya kot! Ajar Fizik Bumi. Tanah runtuh kerajaan cari abah, cari sumber air pun kerajaan cari Abah. . Sampai Slumberger nak cari telaga petroleum kat Miri dulu pun Abah juga kena panggil. Rina pernah juga dulu dengar tanah runtuh kat highway, abah


Mungkin sebab abah tahu berapa banyak dia kena berkorban untuk belajar di pekan Teluk Anson. Jalan kaki, kadang berhujan panas. Sorang2 sebab adik2 demam, abang plak tak nak belajar. Kadang2 kaki ayam. Orang dulu2 kalau jalan kaki, selamba je. Dari Pasir Pulai ke Teluk Anson no hal. Ya lah dulu basikal pun untuk orang ada-ada.

Sebab itulah abah jarang berbelanja. Dia tak pandai berniaga. Tapi abah pandai menyimpan. Dia pandai membeli tanah kebun dan membeli kereta tanpa loan. . SubhanAllah. Abah tak pernah ajar kami kebijaksanaan wang macam cikgu ajar anak murid. Tapi diserapkan dalam minda kami, melalui amalan seharian dalam senyap. . Abah memang betul2 jutawan senyap yang zuhud. Rupanya abah dah lama capai financial freedom. Semoga kita sama2 ambil pengajaran dari kisah ini.

 

You May Also Like

4 comments

  1. Patut la ... sebijak bapanya ...
    Semoga arwah mendapat manfaat atas kerjaya puan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Norizan. Lepas kelas baru Cikgu Rina sedar, apa didikan Abah pada kami selama ini.

      Delete
  2. Terbaik la cikgu...Bila kita ikhlas rezeki tu akan datang pada kita..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Maranata. Nak tengok Mara terbang tinggi lepas ni

      Delete