Mana Boleh Beli Kereta Tanpa Loan?

by - October 24, 2017


Siapa kata tak boleh...? Boleh je.
.
Abah balik dari England selepas PhD. Dia balik, 2 tahun abah cuma guna motor pergi kerja. Kereta pertama abah masa tu Fiat. Abah bayar tunai, jadi LHDN tak kejar sebab harga kereta pun kurang RM3k. Kecil comel je kereta tu. Fiat Punto 1.3.
.

Kereta tu dua pintu seingat Rina, sebab kena orang turun kan kerusi baru boleh keluar. Mak merajuk sebab kereta kecik. Tapi masa tu mak dah ada kereta sendiri. Mak punya kereta ada loan.
.
Jadi abah beli kereta ke-2. Kereta ni tak lah mewah macam Mercedes. Walaupun kawan2 abah ada yang beli Merc. Abah beli Volvo 240DL.. Lepas 2 tahun atau 3 tahun abah Volvo 240GL. Tak pasti apa beza dia. Tapi masa tukar tu kami seronok melompat. Masa first time abah bawak balik kereta pun kami seronok sangat.
.
Abah beli kereta tu tunai, seperti biasa. That's abah. Moto dia (Rina main teka je ni...) kalau duit dalam bank tak cukup jangan beli. Hahaha..😅😆. Jadinya abah dah ada duit lah tu...


.
Lepas beberapa tahun, kami pun dah besar panjang. Abah dah mula beli kebun kelapa sawit. Abah beli pula 4-wheel drive. Suzuki. Kereta ni ada dalam simpanan abanglong sekarang.
.
Oh ya. Abah beli lagi kereta Fiat Punto. Dia simpan kat ofis selalunya. Sebab takut jiran2 tak boleh parking kereta.
.
So that's how abah beli 5 biji kereta tanpa loan, semua tunai. Abah live his life bebas hutang. Hutang dia cuma hutang rumah. Itu pun dia bayar cepat habis. Rina pernah bawak volvo abah tu 2 kali, sangat best! Rasa selamat dan steady.
.
Abah pernah beli kereta baru! Yang masih ada loan pinjaman. Tapi itu pun abah terpaksa beli, sebab ex-husband Rina beli guna nama dan payslip Rina. Abah kesian tengok anak dia tanggung hutang orang. So lepas tu, abah bayar bank tunai sampai habis. Adalah beberapa ribu dapat rebet. Dan abah bagi kat Intan untuk dia belajar kat KUIS dulu.
.
So kalau nampak kereta Intan WSN tu kereta hadiah abah lah tu pada Intan. And itu pun bebas hutang. So it's not because dia tak mampu, dia beli kereta second hand. But it's because he was financially wise at spending.
.
Gambar ehsan Google, kami tak pernah tangkap gambar kereta abah...😅

You May Also Like

0 comments